Skip to content
31/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Insiden Hafizh-Zaqhwan diselesaikan secara harmoni – JDT Racing Team

Panya Isamael 14/10/2025 (Last updated: 14/10/2025) 0 comments
G3Hbpm2bYAAZl-y

KUALA LUMPUR - Pasukan JDT Racing Team mengesahkan insiden membabitkan dua pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah (JDT Racing Team) dan Zaqhwan Zaidi (Honda Racing Malaysia) ketika perlumbaan ASB1000 Race 2 dalam Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) 2025 telah disemak dan diselesaikan sepenuhnya oleh pihak Race Direction.

Menurut kenyataan rasmi pasukan itu, hukuman sewajarnya telah dikenakan mengikut peraturan kejohanan dan perkara berkenaan telah ditangani secara profesional oleh semua pihak terlibat.

“Kedua-dua pasukan, JDT Racing dan Honda Racing Malaysia, telah menyelesaikan isu ini secara baik dengan mengekalkan semangat saling menghormati dan profesionalisme antara pasukan serta pelumba,” kata kenyataan itu.

Tambah pasukan berkenaan, hasil semakan mendapati insiden tersebut tidak disengajakan, sebaliknya berlaku akibat aksi perlumbaan yang sengit dan kompetitif sesuatu yang lumrah dalam dunia sukan bermotor.

JDT Racing Team turut menegaskan bahawa aspek keselamatan, integriti dan semangat kesukanan kekal menjadi keutamaan, selain komitmen berterusan mereka untuk bekerjasama rapat dengan penganjur dalam mengekalkan standard tertinggi perlumbaan.

Pasukan itu dalam pada itu menyatakan fokus kini terarah kepada pusingan-pusingan seterusnya dalam kejohanan, dengan semangat dan visi bersama untuk mengangkat sukan permotoran Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

“Marilah kita terus memberikan sokongan kepada semua pelumba Malaysia yang beraksi dalam kejohanan ini, kerana mereka membawa nama negara dengan penuh kebanggaan, semangat dan keazaman,” katanya. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - JDT Racing Team

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: 15 anjing disita, ganggu ketenteraman penduduk Kampung Batu Delima
Next: Wan Saiful dipecat, Wan Ahmad Fayhsal digantung satu penggal

Related Stories

Saifuddin
  • SUKAN

Star City FC sasar kelompok tiga terbaik Liga Super

Panya Isamael 31/07/2026 0
Kejohanan Dunia Sepaktakraw ISTAF 2026
  • SUKAN

Undian rasmi Kejohanan Dunia Sepaktakraw ISTAF 2026 berlangsung telus

Arisna Wiguna 31/07/2026 0
JDT malaysia airlines
  • SUKAN

Malaysia Airlines kekal rakan rasmi JDT hingga 2029

Arisna Wiguna 31/07/2026 0

TERKINI

  • Star City FC sasar kelompok tiga terbaik Liga Super
  • Undian rasmi Kejohanan Dunia Sepaktakraw ISTAF 2026 berlangsung telus
  • Hijrah para sahabat ke Habsyah
  • Di kota ini ku tumpahkan setia
  • Ramadan kali ini beza, mak !
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by