YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyampaikan Perhimpunan Kementerian Kewangan di Putrajaya. 15 Oktober 2025. FATH RIZAL/Pejabat Perdana Menteri. NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This handout videos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the visual or facts mentioned in the caption. Reuse of the videos may require further permission. MANDATORY CREDIT - Fath Rizal/ Prime Mi
PUTRAJAYA – Belanjawan Madani eempat yang dibentangkan baru-baru ini merupakan satu usaha menyeluruh untuk melindungi rakyat daripada kesan ketidaktentuan ekonomi global serta memastikan setiap hasil negara dimanfaatkan sepenuhnya demi kesejahteraan bersama.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan tidak akan sesekali menambah beban rakyat dengan memperkenalkan cukai baharu, sebaliknya memberi tumpuan kepada memperkukuh tatakelola serta menutup ruang ketirisan dalam sistem kewangan negara.
“Ketika ada pihak yang memperlekehkan usaha kerajaan menegakkan tatakelola dan mengurangkan hutang, kita kekal berprinsip. Kerajaan Madani tidak akan menambah beban rakyat dengan cukai baharu, sebaliknya menutup ketirisan dan memastikan setiap hasil negara dimanfaatkan sepenuhnya untuk rakyat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan yang diadakan pagi ini, perhimpunan pertama selepas pembentangan Belanjawan Madani Keempat minggu lalu.
Anwar yang juga Menteri Kewangan turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga Perbendaharaan dan agensi di bawah Kementerian Kewangan atas komitmen tinggi mereka dalam merealisasikan belanjawan terbesar dalam sejarah negara.
“Saya mengakui tiada belanjawan yang sempurna. Maka, kritikan membina sentiasa dialu-alukan agar kita dapat terus menambah baik dasar dan pelaksanaan,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau menzahirkan harapan agar Belanjawan MADANI Keempat menjadi benteng yang mampu melindungi rakyat daripada tekanan ekonomi global serta memperkukuh semangat kebersamaan menuju Malaysia yang lebih adil dan makmur.
“Moga Belanjawan Madani Keempat menjadi perisai buat rakyat di tengah ketidaktentuan ekonomi global. Kita terus mara bersama, demi Malaysia yang lebih adil dan makmur,” katanya. - DETIK MALAYSIA
Foto kredit - FB Anwar Ibrahim