Skip to content
30/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Polis rakam keterangan 127 saksi kes tikam pelajar

Panya Isamael 17/10/2025 (Last updated: 17/10/2025) 0 comments
Oplus_131072

Oplus_131072

PETALING JAYA – Polis sudah merakam keterangan daripada 127 individu bagi membantu siasatan kes pelajar perempuan berusia 16 tahun yang maut ditikam di sebuah sekolah menengah di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, keterangan yang diambil termasuk daripada pelajar, guru, kakitangan sekolah, kaunselor, keluarga mangsa serta suspek.

“Setakat ini, kita telah merakam 127 keterangan dan siasatan masih diteruskan. Sekiranya ada saksi baharu, polis akan memanggil mereka untuk membantu siasatan,” katanya dalam sidang media hari ini seperti dilaporkan Buletin TV3.

Menurutnya, pihak polis juga sedang menunggu laporan penuh bedah siasat bagi mengesahkan punca sebenar kematian mangsa.

Sementara itu, ibu mangsa, Wong Lee Ping, dalam sidang akhbar semalam mendakwa ahli patologi memaklumkan bahawa anaknya ditikam sebanyak 200 kali berbeza daripada laporan yang tular di media sosial yang menyebut hanya 50 tikaman.

Kejadian tragik itu berlaku di kawasan tandas perempuan sekolah berkenaan dan melibatkan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun sebagai suspek utama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, manakala suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan lanjut.

Polis berkata, siasatan dijalankan secara menyeluruh bagi memastikan setiap bukti dan keterangan dikumpulkan untuk mendukung pendakwaan di mahkamah nanti. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: SMK Taman Desa Skudai, Akademi Mokhtar Dahari tentukan kejuaraan edisi 2025
Next: Mahasiswa UM maut jatuh bangunan kolej kediaman

Related Stories

kpdn selangor
  • NASIONAL

KPDN serbu firma perunding, rampas perisian haram RM107,700

Panya Isamael 30/07/2026 0
UPSI
  • NASIONAL

UPSI iktiraf kecemerlangan mahasiswa menerusi Anugerah Tokoh Siswa 2025

Solomon 30/07/2026 0
UPSI
  • NASIONAL

Mahasiswa UPSI raih tempat ketiga kejohanan teknologi dunia di AS

Arisna Wiguna 30/07/2026 0

TERKINI

  • KPDN serbu firma perunding, rampas perisian haram RM107,700
  • UPSI iktiraf kecemerlangan mahasiswa menerusi Anugerah Tokoh Siswa 2025
  • Mahasiswa UPSI raih tempat ketiga kejohanan teknologi dunia di AS
  • UPSI, Yayasan MR. D.I.Y. perkasa pendidikan STEM
  • Arab Saudi kekal tuan rumah final ACL Elite hingga 2029
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by