Skip to content
01/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Tunku Ismail dedah laporan FIFA bukan dari Vietnam FA

Panya Isamael 26/10/2025 (Last updated: 26/10/2025) 0 comments
570576335_1370571331091916_4701979044585335340_n

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menjelaskan bahawa laporan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung tujuh pemain warisan Malaysia bukan dihantar oleh pegawai rasmi Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF) seperti yang didakwa sebelum ini.

Pendedahan itu dibuat selepas pelbagai laporan mendakwa wakil dari Vietnam mengemukakan aduan rasmi kepada Jawatankuasa Tatatertib FIFA berkaitan kesahihan dokumen tujuh pemain warisan negara yang membawa kepada hukuman terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan pemain-pemain terlibat pada 26 September lalu atas dakwaan pemalsuan dokumen.

FAM sebelum ini menafikan tuduhan tersebut dan menjelaskan isu berkenaan berpunca daripada kesilapan teknikal pentadbiran, bukannya penipuan dokumen seperti yang dituduh.

Dalam sidang media khas hari ini, TMJ memaklumkan bahawa menurut maklumat diterima daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), laporan yang diterima FIFA bukan dihantar oleh presiden atau ahli jawatankuasa rasmi VFF.

“Selepas kemenangan kita ke atas Vietnam, timbul pertikaian. Apabila saya bertanya kepada AFC, mereka maklumkan laporan itu bukan dihantar oleh mana-mana pegawai tertinggi Persekutuan Bolasepak Vietnam seperti presiden atau ahli jawatankuasa tetapi oleh seseorang dari Vietnam,” katanya.

“Bagi saya, perkara itu agak pelik. Laporan tidak datang daripada pihak rasmi mereka, dan itu yang disampaikan kepada saya oleh AFC,” jelasnya.

Kenyataan TMJ itu membuka dimensi baharu terhadap kontroversi berkenaan, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai sumber sebenar laporan serta motif di sebalik aduan tersebut.

Menurut FAM, pasukan perundangan mereka yang turut dibantu oleh peguam antarabangsa telah mengemukakan rayuan rasmi kepada FIFA pada 15 Oktober lalu bagi membatalkan hukuman terhadap tujuh pemain berkenaan dan badan induk bola sepak negara itu.

Keputusan muktamad dijangka diumumkan pada 30 Oktober ini, sama ada FIFA akan mengekalkan atau membatalkan tindakan disiplin terdahulu.

Kes itu berkait tujuh pemain warisan Malaysia yang mempunyai darah keturunan tempatan dan memperoleh kewarganegaraan sebelum dipanggil menyertai skuad kebangsaan. Namun, dokumen asal mereka disemak semula oleh FIFA selepas aduan diterima.

Antara pemain yang terlibat ialah Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Hector Hevel, Facundo Garces dan Gabriel Palmero.

Situasi tersebut mendapat perhatian besar di rantau Asia Tenggara, dan TMJ menegaskan keperluan ketelusan serta keadilan dalam proses siasatan.

“Kes ini agak luar biasa dan kita berharap kebenaran akan terbukti. Yang penting, pasukan kebangsaan terus fokus sementara FAM menguruskan perkara ini secara profesional,” katanya.

Jika rayuan berjaya, keputusan itu bakal membersihkan nama tujuh pemain berkenaan serta menandakan kemenangan besar buat FAM dan bola sepak Malaysia. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - HRH Crown Prince of Johor

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Anwar perlu tegas, hentikan genosida di Gaza
Next: MotoGP Malaysia: Alex Marquez juara

Related Stories

Saifuddin
  • SUKAN

Star City FC sasar kelompok tiga terbaik Liga Super

Panya Isamael 31/07/2026 0
Kejohanan Dunia Sepaktakraw ISTAF 2026
  • SUKAN

Undian rasmi Kejohanan Dunia Sepaktakraw ISTAF 2026 berlangsung telus

Arisna Wiguna 31/07/2026 0
JDT malaysia airlines
  • SUKAN

Malaysia Airlines kekal rakan rasmi JDT hingga 2029

Arisna Wiguna 31/07/2026 0

TERKINI

  • Star City FC sasar kelompok tiga terbaik Liga Super
  • Undian rasmi Kejohanan Dunia Sepaktakraw ISTAF 2026 berlangsung telus
  • Hijrah para sahabat ke Habsyah
  • Di kota ini ku tumpahkan setia
  • Ramadan kali ini beza, mak !
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by