Skip to content
26/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

MCW alu-alukan amanat PM perkasa peranan Audit Negara

Panya Isamael 26/01/2026 (Last updated: 26/01/2026) 0 comments
485381594_663476592706063_9073306052825199190_n

PUTRAJAYA – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mengalu-alukan amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menekankan keperluan memperkukuh peranan Jabatan Audit Negara (JAN) agar lebih cekap, pantas dan berimpak tinggi kepada rakyat.

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, pendekatan baharu pelaksanaan audit termasuk penggunaan teknologi dan audit berasaskan risiko mampu meningkatkan ketelusan serta keberkesanan pemantauan sektor awam.

“Transformasi audit perlu dilaksanakan secara menyeluruh, bukan sekadar menilai angka kewangan, tetapi menghasilkan laporan yang cepat, tepat dan memberi manfaat langsung kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, peranan JAN sebagai pemantau bebas amat penting dalam membanteras pembaziran, ketirisan dan salah guna kuasa, selain perlu melibatkan lebih banyak pemegang taruh termasuk pertubuhan bukan kerajaan.

Tambahnya, laporan audit wajar dijadikan asas kepada penambahbaikan dasar serta disokong mekanisme tindakan susulan yang jelas bagi memastikan impak sebenar dapat dicapai.

“MCW menyokong penuh usaha memperkukuh integriti institusi kerajaan dan yakin amanat ini mampu meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap pentadbiran awam selaras dengan aspirasi Malaysia Madani,” katanya. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Pejabat baharu MRPMA simbol pertumbuhan industri getah negara
Next: CAS ‘selamatkan’ Harimau Malaya! 7 pemain dibenar beraksi

Related Stories

KHTK
  • NASIONAL

50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI

Arisna Wiguna 26/08/2026 0
azmi mapim
  • NASIONAL

‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran

Panya Isamael 26/08/2026 0
retort
  • NASIONAL

Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur

Solomon 25/08/2026 0

TERKINI

  • 50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI
  • ‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran
  • Cadangan Kerjasama Strategik Perpaduan Melayu Demi Kesejahteraan Semua Kaum
  • Jihin Radzuan buru kemenangan kedua ke atas Hirata
  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by