Skip to content
28/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

2 lelaki dicekup pecah rumah, curi Mercedes dan Kelisa

Panya Isamael 21/10/2025 (Last updated: 21/10/2025) 0 comments
InCollage_20251021_190815182

KAJANG – Polis menahan dua lelaki tempatan selepas disyaki terbabit dalam kejadian pecah rumah dan melarikan dua buah kenderaan di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 7.45 pagi daripada seorang pesara universiti awam berusia 62 tahun.

“Ketika kejadian, pengadu dan isterinya sedang tidur sebelum rumah mereka dimasuki suspek tidak dikenali. Suspek kemudian melarikan dua buah kenderaan milik mangsa iaitu Mercedes Benz dan Perodua Kelisa, bersama sebuah beg tangan mengandungi dokumen peribadi isteri mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Cawangan D4, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang berjaya menahan dua suspek tempatan masing-masing berusia 29 dan 32 tahun di kawasan Cheras, Kuala Lumpur antara pukul 6 petang hingga 8.30 malam hari sama, kira-kira 14 jam selepas laporan dibuat.

“Dalam tangkapan tersebut, polis turut merampas kedua-dua kenderaan yang dicuri serta beg tangan milik isteri pengadu bersama beberapa barangan seperti jam tangan, rantai emas, dua telefon bimbit, dompet, kotak cermin mata, gunting, serangkai kunci rumah, dua papan plat kenderaan dan satu cukai jalan,” jelasnya.

Menurut beliau, semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai 22 rekod lampau membabitkan 13 kes jenayah dan sembilan kes dadah, selain ujian air kencing awal menunjukkan mereka positif dadah jenis methamphetamine.

“Kedua-dua suspek direman selama tiga hari bermula 21 hingga 23 Oktober bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan (pecah rumah) dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan (curi kenderaan), yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda serta sebatan.


Selain itu, mereka turut disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Sharulhasram Ramli di talian 017-2530380. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Infantino bakal jejak ke Malaysia 25 Oktober ini ?
Next: SPRM kesan Siti Khadijah bantu siasatan kes rasuah

Related Stories

Koperasi HTK
  • NASIONAL

32 delegasi Teluk Ketapang sertai Sidang Kemuncak Pendidikan, Budaya di Makasar

Panya Isamael 28/07/2026 0
nelayan bot fiber
  • NASIONAL

Tekong warga asing diberkas di perairan Kapar

Panya Isamael 27/07/2026 0
wartawan mcw
  • NASIONAL

Enam wartawan diiktiraf Tokoh Wartawan Antirasuah MCW

Panya Isamael 25/07/2026 0

TERKINI

  • PolyCCSkills 2026 perkasa bakat TVET dalam bidang High Rope
  • PABM bangga capai sasaran tiga emas, gesa ISN perhalusi SOP sokongan atlet
  • 32 delegasi Teluk Ketapang sertai Sidang Kemuncak Pendidikan, Budaya di Makasar
  • John Stones pilih Inter, Liverpool dan Arsenal kempunan
  • Andi Farid terlepas aksi ARRC, alami beberapa keretakan tulang
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by