Skip to content
30/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Fokus penuh hadapi The Cats, Ubaidullah akui Ramadhan perlu diawasi

Panya Isamael 18/10/2025 (Last updated: 18/10/2025) 0 comments
562024973_809863848421718_6258879599712996550_n

PETALING JAYA - Pertahanan Terengganu FC, Ubaidullah Shamsul menegaskan tumpuannya kini sepenuhnya terarah kepada aksi suku akhir pertama Piala FA 2025 menentang Kuching City FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam ini.

Menurutnya, Sang Penyu kini berada dalam momentum positif selepas meraih beberapa keputusan cemerlang dalam Liga Super dan berhasrat untuk meneruskan rentak kemenangan itu ketika beraksi di laman sendiri nanti.

“Sudah tentu kami berada dalam momentum yang baik dan ingin meneruskan rentak tersebut. Perlawanan pertama di sini amat berharga untuk kita membawa bekalan ke Kuching nanti,” katanya.

Ubaidullah mengakui bahawa Kuching City bukan lawan mudah, terutama dengan kehadiran beberapa pemain import berkualiti yang menjadi tunjang utama pasukan kendalian Aidil Sharin Sahak itu.

“Kuching mempunyai pemain berkualiti. Kita tahu kebolehan pemain import mereka selain Ramadhan Saifullah yang menjadi antara senjata utama dengan kepantasan serta kebijaksanaannya mencari ruang.

"Saya harap penyokong dapat turun ke stadium untuk bersama kami dan insyaAllah, kita cipta kejayaan bersama,” jelasnya.

Dia menyatakan bahawa kemenangan di laman sendiri akan menjadi kunci kepada peluang Terengganu untuk mara ke separuh akhir, sambil menegaskan bahawa disiplin dan fokus sepanjang 90 minit bakal menentukan hasilnya.

Terengganu FC yang berjaya mara ke pusingan suku akhir sebelum ini telah menewaskan Imigresen FC dengan agregat 4-2 pada aksi pusingan 16 Piala FA. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Terengganu FC

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Pelajar UM maut jatuh dari bangunan kolej kediaman
Next: Malaysia gagal ke separuh akhir selepas tewas tipis kepada India

Related Stories

arab saudi afc
  • SUKAN

Arab Saudi kekal tuan rumah final ACL Elite hingga 2029

Solomon 30/07/2026 0
ANGKAT BERAT
  • SUKAN

Lima emas bukti jurulatih tempatan setanding terbaik dunia

Arisna Wiguna 30/07/2026 0
tan cheng hoe
  • SUKAN

Harimau Malaya semakin serasi, Cheng Hoe tetap waspada jumpa Thailand

Arisna Wiguna 29/07/2026 0

TERKINI

  • KPDN serbu firma perunding, rampas perisian haram RM107,700
  • UPSI iktiraf kecemerlangan mahasiswa menerusi Anugerah Tokoh Siswa 2025
  • Mahasiswa UPSI raih tempat ketiga kejohanan teknologi dunia di AS
  • UPSI, Yayasan MR. D.I.Y. perkasa pendidikan STEM
  • Arab Saudi kekal tuan rumah final ACL Elite hingga 2029
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by