Skip to content
01/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI

Remaja perempuan maut, dua cedera dalam kemalangan di Jalan Puchong

Panya Isamael 24/10/2025 (Last updated: 24/10/2025) 0 comments
1655567e-5c78-408f-84e4-f4f5698dac51

PUCHONG – Seorang remaja perempuan maut manakala dua lelaki cedera ringan selepas kereta jenis Perodua Bezza yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Jalan Puchong Batu 14 berhampiran stesen minyak BHP Kampung Baru Puchong, malam kelmarin.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada pukul 10.15 malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong dengan kekuatan lapan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kemalangan melibatkan sebuah kereta e-hailing jenis Perodua Bezza yang dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat tiga mangsa iaitu seorang lelaki Melayu berusia 49 tahun yang juga pemandu kereta berkenaan dan seorang lelaki Cina berusia 21 tahun, kedua-duanya mengalami cedera ringan.

“Seorang lagi mangsa merupakan remaja perempuan berusia 19 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, mangsa yang cedera telah diserahkan kepada pihak KKM untuk rawatan lanjut manakala mayat mangsa perempuan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi diketuai oleh Komander Operasi, PBK I (KUP) Mohd Fadzil Husain dan tamat sepenuhnya selepas keadaan di lokasi terkawal. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: ACL2 : Selangor terus buntu, tewas 0-2 di tangan Persib Bandung
Next: Lima PPS dibuka di Kulim akibat hujan lebat berterusan

Related Stories

JANAAN AI kemerdekaan
  • PELBAGAI

Di kota ini ku tumpahkan setia

Solomon 31/07/2026 0
gambar hiasan ibu
  • PELBAGAI

Ramadan kali ini beza, mak !

Solomon 31/07/2026 0
PolyCCSkills 2026
  • PELBAGAI

PolyCCSkills 2026 perkasa bakat TVET dalam bidang High Rope

Arisna Wiguna 28/07/2026 0

TERKINI

  • Star City FC sasar kelompok tiga terbaik Liga Super
  • Undian rasmi Kejohanan Dunia Sepaktakraw ISTAF 2026 berlangsung telus
  • Hijrah para sahabat ke Habsyah
  • Di kota ini ku tumpahkan setia
  • Ramadan kali ini beza, mak !
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by