Skip to content
20/09/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

ACL2 : Selangor terus buntu, tewas 0-2 di tangan Persib Bandung

Panya Isamael 24/10/2025 (Last updated: 24/10/2025) 0 comments
569394170_18539296993014746_8685774332716104413_n

BANDUNG – Aksi Selangor FC dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Dua (ACL2) 2025/26 terus suram apabila tewas 0-2 kepada wakil Indonesia, Persib Bandung di Stadium Gelora Bandung Lautan Api, malam tadi.

Ketua jurulatih, Christophe Gamel menurunkan Sikh Izhan sebagai penjaga gol utama manakala penyerang Brazil, Chrigor Moraes mengetuai jentera serangan. Pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim pula diberi tanggungjawab sebagai ketua pasukan.

Tuan rumah bermula garang dengan corak permainan pantas dan tekanan tinggi sejak wisel permulaan. Hasilnya, sorakan padu penyokong Pangeran Biru bergema apabila Adam Alis membuka tirai jaringan pada minit ke-29 menerusi penyudah kemas di dalam kotak penalti.

Selangor cuba bangkit melalui gerakan Faisal dan Chrigor, namun ketangkasan penjaga gol Persib, Teja Paku Alam menafikan beberapa peluang terbaik pelawat. Kedudukan kekal 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, skuad kendalian Bojan Hodak terus menguasai permainan dan menambah jaringan pada minit ke-66 menerusi sepakan penalti Andrew Jung selepas seorang pemainnya dijatuhkan dalam kotak penalti.

Gol itu nyata memadam semangat kebangkitan Selangor apabila Persib terus selesa mengawal tempo permainan sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan itu menyaksikan Persib kekal di tangga teratas Kumpulan G dengan tujuh mata selepas tiga perlawanan, manakala Selangor terus menghuni tangga tercorot tanpa sebarang mata. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Persib Bandung

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Norza Zakaria dilantik Pengerusi Suruhanjaya Etika ISSA
Next: Remaja perempuan maut, dua cedera dalam kemalangan di Jalan Puchong

Related Stories

halim kader
  • SUKAN

Abdul Halim Kader mahu semua pegawai bersatu jayakan sepak takraw

Panya Isamael 19/09/2026 0
jais abdul karim
  • SUKAN

Integriti mesti bermula dengan kepimpinan

Panya Isamael 19/09/2026 0
kcfc
  • SUKAN

Kuching City tewas lewat di Phnom Penh

Solomon 18/09/2026 0

TERKINI

  • Enam hari hilang, keluarga cari Qaseh Atika
  • Jais bersedia pikul amanah di Nagoya
  • KTMB gantung tugas pekerja kontraktor terbabit insiden pergaduhan di Stesen Labu
  • Ular masuk bangunan Hive 9 Mranti Park
  • Tawaran kerja pengurus, lelaki rugi RM39,000
No comments to show.

ARKIB

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by