Skip to content
30/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Norza Zakaria dilantik Pengerusi Suruhanjaya Etika ISSA

Panya Isamael 23/10/2025 (Last updated: 26/10/2025) 0 comments
571126698_1252930586872106_6875202741730929117_n

KUALA LUMPUR – Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Dr. Norza Zakaria, dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Etika Persatuan Sukan Solidariti Islam (ISSA) berkuat kuasa 22 Oktober lalu.

ISSA ialah sebuah badan sukan antarabangsa di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang ditubuhkan pada tahun 1985 bagi memupuk perpaduan, persahabatan serta kerjasama dalam kalangan negara Islam melalui sukan.

Pelantikan Dr. Norza mendapat perkenan Presiden ISSA, Putera Abdulaziz Bin Turki Al-Faisal, yang juga Presiden Jawatankuasa Olimpik dan Paralimpik Arab Saudi serta Menteri Belia dan Sukan Arab Saudi.

Beliau kini merupakan Naib Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA) Zon Asia Tenggara, Presiden Kehormat Seumur Hidup Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Presiden Kehormat Badminton Asia dan Ahli Majlis Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Penubuhan Suruhanjaya Etika itu bertujuan memantau isu berkaitan tadbir urus dan integriti sukan Islam, termasuk Sukan Solidariti Islam yang disertai oleh 57 negara ahli ISSA.

Turut menganggotai suruhanjaya berkenaan ialah Dr. Boubakari Maiga, Ketua Jabatan Belia dan Sukan OIC, serta Shaikha Dr. Hussa Bint Khalid Al-Khalifa, Ahli Lembaga Pengarah Jawatankuasa Olimpik Bahrain.

“Saya amat berbesar hati dan berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh HRH Putera Abdulaziz Bin Turki Al-Faisal,” kata Norza dalam kenyataan di Facebook MOM.

“Saya berazam menggunakan pengalaman saya bagi memperkukuh tadbir urus dan etika dalam pergerakan sukan Islam, di samping memastikan Malaysia terus memainkan peranan aktif dalam ISSA,” tambahnya. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: SPRM mohon bantuan Interpol kesan menantu Muhyiddin
Next: ACL2 : Selangor terus buntu, tewas 0-2 di tangan Persib Bandung

Related Stories

arab saudi afc
  • SUKAN

Arab Saudi kekal tuan rumah final ACL Elite hingga 2029

Solomon 30/07/2026 0
ANGKAT BERAT
  • SUKAN

Lima emas bukti jurulatih tempatan setanding terbaik dunia

Arisna Wiguna 30/07/2026 0
tan cheng hoe
  • SUKAN

Harimau Malaya semakin serasi, Cheng Hoe tetap waspada jumpa Thailand

Arisna Wiguna 29/07/2026 0

TERKINI

  • KPDN serbu firma perunding, rampas perisian haram RM107,700
  • UPSI iktiraf kecemerlangan mahasiswa menerusi Anugerah Tokoh Siswa 2025
  • Mahasiswa UPSI raih tempat ketiga kejohanan teknologi dunia di AS
  • UPSI, Yayasan MR. D.I.Y. perkasa pendidikan STEM
  • Arab Saudi kekal tuan rumah final ACL Elite hingga 2029
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by