Skip to content
01/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Salah buang segala kaitan Liverpool di media sosial

Panya Isamael 24/10/2025 (Last updated: 24/10/2025) 0 comments
HB-TALKSPORT-MASTER-LIVERPOOL-SALAH-OP

LIVERPOOL – Bintang sensasi Mesir, Mohamed Salah mencetuskan spekulasi dalam kalangan penyokong apabila dilihat membuang semua rujukan berkaitan Liverpool di profil media sosialnya selepas digugurkan daripada kesebelasan utama.

Pemerhatian mendapati bio di akaun X dan Instagram milik Salah kini tidak lagi memaparkan sebarang kaitan dengan kelab The Reds.

Tindakan itu dibuat selepas penyerang berusia 33 tahun tersebut diletakkan di bangku simpanan ketika Liverpool membelasah Eintracht Frankfurt 5-1 dalam aksi Liga Juara-Juara, Rabu lalu.

Salah sebelum ini dikritik hebat susulan prestasi hambar musim ini, termasuk gesaan daripada penyokong agar beliau direhatkan seketika untuk “mengembalikan semangat dan tenaga.”

Penurunan prestasi itu turut seiring dengan kemerosotan skuad bimbingan Arne Slot yang tewas empat perlawanan berturut-turut, termasuk kekalahan kepada seteru utama, Manchester United.

Namun, keputusan Slot untuk menurunkan penyerang baharu, Hugo Ekitike, sebagai pengganti Salah ternyata membuahkan hasil apabila pemain muda itu membuka tirai jaringan dengan larian solo menarik menewaskan bekas kelabnya.

Salah hanya dimasukkan pada minit ke-74 bagi menggantikan Ekitike yang menampilkan persembahan cemerlang sekali gus menimbulkan persoalan tentang kedudukan bintang Mesir itu dalam perancangan Slot.

Walaupun Salah tidak memadam semua gambar bersama Liverpool, perubahan bio media sosialnya dianggap petanda jelas ketidakpuasan hatinya terhadap situasi semasa.

Seorang pengguna X menulis: “Mo Salah buang semua yang berkaitan Liverpool hanya kerana digugurkan selepas empat kekalahan berturut-turut. Dia sudah 34 tahun, dan masih fikir tentang dirinya sendiri.”

Satu lagi ciapan berbunyi: “Melihat Mohamed Salah buang gambar profil dan tema Liverpool di Instagram benar-benar menyakitkan hati.”

Spekulasi kini bertiup kencang mengenai masa depan Salah di Anfield, dengan ramai menjangkakan situasi ini bakal menjadi ujian besar pertama buat Arne Slot dalam menguruskan ego dan bintang utama skuad The Reds. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Tengku Muda Pahang pernah cadang pemain warisan kepada FAM
Next: Anwar terima kunjungan Puteri Arab Saudi

Related Stories

Saifuddin
  • SUKAN

Star City FC sasar kelompok tiga terbaik Liga Super

Panya Isamael 31/07/2026 0
Kejohanan Dunia Sepaktakraw ISTAF 2026
  • SUKAN

Undian rasmi Kejohanan Dunia Sepaktakraw ISTAF 2026 berlangsung telus

Arisna Wiguna 31/07/2026 0
JDT malaysia airlines
  • SUKAN

Malaysia Airlines kekal rakan rasmi JDT hingga 2029

Arisna Wiguna 31/07/2026 0

TERKINI

  • Star City FC sasar kelompok tiga terbaik Liga Super
  • Undian rasmi Kejohanan Dunia Sepaktakraw ISTAF 2026 berlangsung telus
  • Hijrah para sahabat ke Habsyah
  • Di kota ini ku tumpahkan setia
  • Ramadan kali ini beza, mak !
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by