Skip to content
23/11/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

‘Alasan lapuk tidak boleh lindungi ketirisan sempadan’ – MCW

Panya Isamael 25/01/2026 (Last updated: 25/01/2026) 0 comments
185922399_10224695105835888_2141045918590887495_n

KUALA LUMPUR - Alasan kekurangan anggota, beban kerja tinggi serta ketiadaan pemantauan kamera televisyen litar tertutup (CCTV) 24 jam tidak wajar terus dijadikan hujah berulang bagi menjelaskan isu ketirisan di pintu masuk negara.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, masalah tersebut bukan isu baharu malah telah dibangkitkan sejak bertahun-tahun lalu, namun kegagalan merancang keperluan sumber manusia, teknologi dan peruntukan secara strategik mencerminkan kelemahan tadbir urus.

“Isu ini bukan baharu. Kegagalan membuat perancangan jangka sederhana dan panjang menunjukkan kelemahan pengurusan, bukan sekadar kekangan operasi.

"Setiap agensi penguatkuasaan sepatutnya mempunyai analisis risiko, pelan SWOT serta perancangan bajet yang selari dengan peningkatan jumlah pelawat, migrasi dan ancaman sempadan yang semakin kompleks,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, masalah sebenar bukan hanya melibatkan kekurangan anggota atau peralatan, sebaliknya berpunca daripada budaya kerja yang diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya.

“Selagi budaya toleransi terhadap kelemahan, ketirisan dan salah laku tidak dibanteras secara menyeluruh, ruang rasuah akan terus wujud walaupun jumlah anggota ditambah,” jelasnya.

Sehubungan itu, MCW menuntut reformasi menyeluruh termasuk pembinaan budaya integriti, penggunaan teknologi pengawasan secara wajib dan telus serta akauntabiliti kepimpinan yang jelas.

Terdahulu, media melaporkan kekurangan anggota, beban kerja tinggi dan ketiadaan CCTV 24 jam dikenal pasti sebagai antara faktor yang menyumbang kepada ketirisan di pintu masuk negara.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban dilapor berkata, kekurangan pegawai boleh menjejaskan keberkesanan operasi di kaunter pemeriksaan sekali gus meningkatkan beban tugas harian serta risiko keletihan dalam kalangan anggota bertugas. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Dari kampung ke pentas nasional, Homestay Teluk Ketapang harumkan nama Malaysia
Next: ‘Board of Peace’ Trump hanya wajah baharu penjajahan – Mapim

Related Stories

Dr R Manivannan - Foto: Bernama
  • NASIONAL

54 rakyat Malaysia hilang di Nepal bukan peserta ekspedisi pendakian – MASFIH

Solomon 22/11/2026 0
Muhammad Daniesh Rayqal
  • NASIONAL

Daniesh Rayqal hilang bersama Yamaha Y15

Solomon 20/11/2026 0
UPSI
  • NASIONAL

845 penyertaan serlah minat generasi muda terhadap STEM menerusi PMOYST 2026

Arisna Wiguna 19/11/2026 0

TERKINI

  • Hakim Danish terlepas mata dengan beza 0.577 saat
  • Teluk Senangin jadi saksi ukhuwah Tahun 6 SRAR Manbail Ulum Bagan Datuk
  • MAPIM urges Israel to release Dr. Hussam Abu Safiya immediately
  • 54 rakyat Malaysia hilang di Nepal bukan peserta ekspedisi pendakian – MASFIH
  • Krisis Negeri Sembilan bakal jadi catatan sejarah 2036
No comments to show.

ARKIB

  • November 2026
  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by