Skip to content
26/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

‘Board of Peace’ Trump hanya wajah baharu penjajahan – Mapim

Panya Isamael 25/01/2026 (Last updated: 25/01/2026) 0 comments
FB_IMG_1763330481063

SHAH ALAM – Pelan dikenali sebagai Trump Board of Peace disifatkan sekadar wajah baharu penjajahan yang tidak menyelesaikan konflik Palestin, sebaliknya mengukuhkan kawalan Israel ke atas wilayah berkenaan.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pelan tersebut dipromosikan atas nama keamanan, pembangunan dan keselamatan, namun hakikatnya gagal menangani punca sebenar konflik iaitu penafian hak rakyat Palestin.

“Ini bukan pelan damai, tetapi satu bentuk kawalan tanpa tanggungjawab dan kuasa tanpa akauntabiliti yang hanya mengubah wajah penjajahan kepada bentuk lebih sofistikated,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, rangka kerja itu tidak mengiktiraf penentuan nasib sendiri rakyat Palestin termasuk kedaulatan sempadan, ruang udara, sumber asli serta keselamatan negara.

Malah katanya, isu Baitulmaqdis dan hak pulang pelarian Palestin turut diketepikan sepenuhnya, sekali gus menafikan keadilan sebenar dalam sebarang proses damai.

“Keamanan tanpa hak bukan keamanan sebenar. Rakyat tidak boleh dipaksa menerima perdamaian ketika tanah dirampas, wilayah dipecah-pecahkan dan masa depan politik mereka ditentukan pihak lain,” tegasnya.

Mohd Azmi berkata, pelan itu juga cuba menghapuskan penentangan Palestin dengan melabelkan semua bentuk perjuangan sebagai ancaman keselamatan, sedangkan Israel terus mengekalkan kelebihan ketenteraan penuh.

Menurutnya, Gaza pula dilihat hanya sebagai projek kemanusiaan dan pasaran pembinaan semula, bukan sebagai entiti politik yang berdaulat.

“Apabila penderitaan dijadikan peluang pelaburan dan kemusnahan dijadikan perniagaan, ia bukan keamanan tetapi eksploitasi terhadap sebuah bangsa yang dizalimi,” katanya. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: ‘Alasan lapuk tidak boleh lindungi ketirisan sempadan’ – MCW
Next: 160 murid terima sumbangan Back To School di Rungkup

Related Stories

KHTK
  • NASIONAL

50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI

Arisna Wiguna 26/08/2026 0
azmi mapim
  • NASIONAL

‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran

Panya Isamael 26/08/2026 0
retort
  • NASIONAL

Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur

Solomon 25/08/2026 0

TERKINI

  • 50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI
  • ‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran
  • Cadangan Kerjasama Strategik Perpaduan Melayu Demi Kesejahteraan Semua Kaum
  • Jihin Radzuan buru kemenangan kedua ke atas Hirata
  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by