HIROSHIMA – Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Muñoz menegaskan pasukannya perlu mempamerkan pendekatan taktikal berintensiti tinggi jika mahu menghidupkan peluang mara ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Elit AFC 2025/26 Zon Timur apabila bertemu Sanfrecce Hiroshima di Stadium Bola Sepak Hiroshima, malam ini.
Pada sidang akhbar pra-perlawanan semalam, pengendali dari Sepanyol itu mengakui aksi tersebut ibarat ‘hidup mati’ buat Harimau Selatan yang kini menghuni tangga keenam dengan lapan mata.
“Pemain perlu mengekalkan fokus sepanjang 90 minit dan memberikan komitmen 100 peratus. Kami tidak boleh terlalu menghormati lawan, sebaliknya perlu mengekalkan momentum, membaca rentak permainan dan bermain dengan pendekatan taktikal berintensiti tinggi,” katanya.
Dalam pada itu, pertahanan JDT, Shane Lowry menegaskan pasukannya tidak berniat bertahan semata-mata di Hiroshima. “Kami mahu berikan yang terbaik.
Ia tugas sukar, tetapi kami memburu keputusan positif dan semuanya bergantung kepada 90 minit ini,” ujarnya. – DETIK MALAYSIA
Kredit foto – JST