BAGAN DATUK – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meninjau perkembangan pembinaan Sekolah Menengah Imtiaz Tuminah Hamidi yang sedang giat dilaksanakan di Mukim Rungkup, di sini.
Beliau berkata, projek yang bermula pada 1 Mei 2024 itu dijangka siap sepenuhnya menjelang hujung tahun ini dan bakal menempatkan kira-kira 400 pelajar tahfiz.
Menurutnya, pembangunan institusi pendidikan berkenaan diharap menjadi pemangkin kepada perkembangan pendidikan Islam di kawasan Bagan Datuk serta memberi manfaat besar kepada generasi akan datang.
“Insya-Allah, sekolah ini akan menjadi pusat pendidikan tahfiz yang mampu melahirkan pelajar cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, malah sahsiah dan kepimpinan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Tambah beliau, usaha tersebut mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa pendidikan serta menyediakan kemudahan terbaik kepada masyarakat setempat.
Orang ramai turut mendoakan agar proses pembinaan berjalan lancar dan projek berkenaan dapat disiapkan mengikut jadual demi kesejahteraan komuniti. – DETIK MALAYSIA
Kredit foto – Zahid Hamidi