KUALA TERENGGANU – Kuala Terengganu League (KTL) 2026 akan dilancarkan secara rasmi menerusi Majlis Pelancaran dan Pengumuman Penajaan yang berlangsung di Hotel Permai di sini malam ini.
Majlis berkenaan dijadualkan bermula pukul 8 malam dan dijangka berakhir pada pukul 11.30 malam.
Program tersebut akan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu.
Selain pelancaran rasmi KTL 2026, majlis itu turut menyaksikan pengumuman penajaan bagi menyokong penganjuran liga berkenaan.
Presiden Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu (PBSDKT) dalam jemputannya berkata, pihak penganjur mengalu-alukan kehadiran rakan media bagi membuat liputan majlis tersebut.
Menurut beliau, sokongan dan kerjasama media amat dihargai dalam usaha mempromosikan pembangunan bola sepak komuniti di Kuala Terengganu.
Majlis berkenaan dijangka menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk pengurusan pasukan, penaja dan penggiat bola sepak tempatan.
Sebarang maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi urus setia di talian 012-3715412 atau 013-9947276. -DETIK MALAYSIA