HOUSTON – Belanda mempamerkan aksi cukup bertenaga apabila membelasah Sweden 5-1 dalam perlawanan kedua Kumpulan F Piala Dunia 2026 di Stadium Houston, awal pagi tadi.
Penyerang, Brian Brobbey muncul watak utama pada babak awal apabila meledak dua gol masing-masing pada minit kelima dan ke-17 untuk memberikan kelebihan selesa buat Oranje.
Belanda terus menggandakan tekanan pada separuh masa kedua menerusi dua jaringan Cody Gakpo pada minit ke-47 dan ke-54.
Pesta gol pasukan kendalian Ronald Koeman kemudian dilengkapkan oleh Crysencio Summerville menerusi jaringan pada minit ke-89.
Sweden hanya mampu memperoleh gol saguhati hasil jaringan Anthony Elanga pada minit ke-59.
Bagaimanapun, gol tersebut tidak cukup untuk mengubah corak permainan yang sejak awal lebih dikuasai Belanda.
Kemenangan besar itu melonjakkan Belanda ke tangga teratas Kumpulan F dengan mengumpul empat mata daripada dua perlawanan.
Sementara itu, Sweden kekal di kedudukan kedua dengan tiga mata dan masih berpeluang untuk memburu slot ke pusingan seterusnya. – DETIK MALAYSIA
Kredit foto – AP Photo
