YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa Forum Ilmuwan Malaysia MADANI di Institut Integriti Malaysia, Kuala Lumpur. 30 September 2025. FATH RIZAL/Pejabat Perdana Menteri. NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This handout videos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the visual or facts mentioned in the caption. Reuse of the videos may require further permission. MANDATORY CRED
KUALA LUMPUR – Tiada kejayaan negara mampu dicapai tanpa asas integriti yang kukuh, sekali gus menjadi teras kepada tatakelola Kerajaan Madani.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sistem hanya berfungsi dengan baik apabila dipimpin insan yang amanah dan berprinsip
Namun, katanya, integriti jarang dijadikan wacana utama dalam politik dan naratif awam.
"Rasuah serta kebobrokan nilai dianggap biasa hingga menular menjadi sistemik. Inilah cabaran paling besar yang mesti kita hadapi dengan tekad dan keberanian moral,” katanya ketika Forum Ilmuwan Malaysia Madani siri ke-8 yang turut disertai Institut Integriti Malaysia bagi membincangkan isu kepimpinan, integriti dan reformasi di sini pada Selasa.
Anwar berkata, sejarah membuktikan keagungan sesebuah negara lahir daripada kekuatan dalaman, sebagaimana contoh kepimpinan Salahuddin Al Ayyubi yang menekankan integriti, disiplin dan budaya ilmu sebelum muncul sebagai panglima besar menawan Baitulmuqaddis.
Menurutnya, falsafah Ibnu Khaldun juga jelas menegaskan bahawa kebangkitan dan keruntuhan tamadun bergantung pada nilai yang dipegang, dengan semangat kebersamaan menjadi tunjang, manakala rasuah serta sikap permisif membawa kepada kemerosotan.
“Untuk mengangkat semula martabat Malaysia, kita perlukan anjakan paradigma yang digerakkan oleh keyakinan serta keberanian membawa perubahan. Reformasi bukan hanya digitalisasi atau transisi tenaga, tetapi pencerahan nilai, pengukuhan etika dan budaya ilmu yang hidup dalam masyarakat.
“Hanya dengan asas ini, Malaysia dapat membina tamadun yang bukan sahaja hebat teknologinya, tetapi luhur jiwa dan dan akhlaknya,” katanya. - DETIK MALAYSIA
Foto kredit - Anwar Ibrahim