KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) mengesahkan penguasaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor apabila berjaya memenangi 47 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) setakat pukul 12.10 tengah malam berdasarkan keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pakatan Harapan (PH) pula memperoleh tujuh kerusi DUN, manakala baki dua kerusi dimenangi gabungan lain.
Keputusan tersebut sekali gus memberikan BN majoriti selesa untuk membentuk kerajaan negeri selepas melepasi ambang mudah 29 kerusi DUN.
SPR dijangka terus mengemas kini keputusan rasmi sehingga semua proses pengiraan undi dan pengesahan selesai.
Detik Malaysia akan membawakan perkembangan terkini dari semasa ke semasa sebaik sahaja keputusan rasmi diumumkan oleh SPR. – DETIK MALAYSIA
Kredit foto – Zambry Abd. Kadir
