FLORIDA – Jaringan dramatik Jude Bellingham pada masa tambahan memastikan England melangkah ke separuh akhir Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Norway 2-1 dalam aksi penuh mendebarkan.
Norway terlebih dahulu mengejutkan England menerusi gol Andreas Schjelderup sebelum Bellingham menyamakan kedudukan dengan penyudah berkualiti tinggi.
Bagaimanapun, gol penyamaan England itu turut mencetuskan kontroversi apabila bola didakwa terkena kamera Spidercam ketika gerakan membina serangan, namun jaringan tersebut tetap disahkan pengadil.
Norway hampir kembali di hadapan menerusi gol kedua, namun semakan Sistem Bantuan Pengadil Video (VAR) membatalkan jaringan itu selepas mendapati Erling Haaland melakukan kekasaran dalam situasi tersebut.
Kesempatan itu dimanfaatkan England apabila Bellingham muncul wira dengan menyudahkan peluang pada babak pertama masa tambahan untuk menghadiahkan kemenangan 2-1 kepada skuad The Three Lions.
England yang turut bernasib baik dalam beberapa detik sepanjang perlawanan kini bakal berdepan sama ada Switzerland atau musuh tradisi, Argentina di separuh akhir.
Kemenangan itu turut menghidupkan impian England untuk mara ke pentas final Piala Dunia buat kali pertama sejak kejayaan mereka muncul juara pada edisi 1966. – DETIK MALAYSIA
Kredit foto – Getty Images
