Skip to content
24/09/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Sumud Flotilla perlu diteruskan – Mapim

Panya Isamael 05/10/2025 (Last updated: 05/10/2025) 0 comments
558865899_1291830142626050_960301808734773225_n

KUALA LUMPUR – Misi Sumud Flotilla Global bukan sekadar konvoi kapal membawa bantuan kemanusiaan, sebaliknya sebuah gerakan moral, politik dan undang-undang yang bertujuan menegakkan maruah Palestin serta memecahkan sekatan zalim ke atas Gaza.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pelayaran gelombang kedua flotila kini menjadi keperluan mendesak bagi mengekalkan tekanan antarabangsa terhadap rejim Israel dan memastikan dunia tidak menormalisasi penderitaan rakyat Palestin.

“Satu flotila menarik perhatian, tetapi siri flotila yang berterusan menukar perhatian itu kepada tekanan berterusan. Kita mesti memastikan kepungan ini tidak lagi diterima sebagai kebiasaan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mohd Azmi berkata, gelombang kedua flotila akan melibatkan kapal pelbagai fungsi termasuk kapal hospital, kapal bekalan dan kapal pemerhati, disertai wakil pertubuhan antarabangsa seperti PBB, ICRC dan wartawan bebas.

Katanya, penyertaan lebih banyak kapal dan bendera negara berlainan akan menggandakan impak misi serta menyukarkan sebarang usaha untuk menafikan atau menyekat pergerakan flotila berkenaan.

Tambahnya, selain membawa bantuan kemanusiaan, flotila juga berperanan penting dalam memperkukuh mesej politik dan undang-undang bahawa rakyat Palestin berhak kepada kedaulatan dan kebebasan penuh, bukan hanya bergantung kepada ihsan bantuan luar.

Mapim turut menekankan keperluan mewujudkan strategi media yang kukuh, termasuk liputan masa sebenar dan video sahih, bagi melindungi keselamatan aktivis serta mengelak sebarang manipulasi naratif oleh rejim Zionis.

“Sumud Flotilla adalah lambang kebangkitan kemanusiaan. Ia menukar rasa simpati menjadi tindakan dan keengganan menjadi tanggungjawab. Gelombang kedua mesti lebih besar, lebih terselaras dan lebih berani,” katanya.

Menurutnya, hanya dengan tindakan berterusan dan tekanan antarabangsa yang konsisten, kepungan Gaza dapat diangkat dan hak rakyat Palestin dapat dipulihkan sepenuhnya. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Remaja perempuan hilang selepas pulang sekolah
Next: PM Anwar kirim sumbangan, doa buat pesakit kanser paru-paru

Related Stories

UPSI
  • NASIONAL

UUM jadikan BKK UPSI penanda aras pengurusan komunikasi korporat

Solomon 23/09/2026 0
MHO
  • NASIONAL

Pengarah sama, syarikat lain masih belum didakwa

Solomon 23/09/2026 0
nabil kecurian sg dulang
  • NASIONAL

Kecurian kabel ganggu talian telekomunikasi di Sungai Dulang

Solomon 23/09/2026 0

TERKINI

  • Cristiano Ronaldo belum mahu tinggalkan Portugal
  • UUM jadikan BKK UPSI penanda aras pengurusan komunikasi korporat
  • Pengarah sama, syarikat lain masih belum didakwa
  • Kecurian kabel ganggu talian telekomunikasi di Sungai Dulang
  • 652 penjawat awam terima ganjaran RM1.18 juta kerana tolak rasuah
No comments to show.

ARKIB

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by