Skip to content
23/09/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

PM Anwar kirim sumbangan, doa buat pesakit kanser paru-paru

Panya Isamael 05/10/2025 (Last updated: 05/10/2025) 0 comments
556910118_10162547260098649_2582515548746799605_n

KUANTAN – Di sebalik senyuman yang terukir, Lim Yat Kim sebenarnya menanggung derita apabila disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat.

Menurut Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi, wanita tabah itu telah menjalani dua kali pembedahan dan kini bergantung kepada ubat-ubatan bernilai kira-kira RM6,000 sebulan, yang ditanggung sepenuhnya oleh keluarganya sendiri.

“Tatkala duduk bersembang di ruang tamu kediaman mereka di Perumahan Rumah Murah Semambu, saya tersentuh melihat ketabahan beliau dan suami. Kasih sayang serta semangat juang mereka menjadi bukti betapa besar kekuatan sepasang suami isteri ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Ahmad Farhan berkata, beliau menyampaikan sumbangan bagi pihak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tanda keprihatinan terhadap kesusahan yang dihadapi keluarga berkenaan.

“Namun lebih daripada itu, doa dan sokongan moral adalah kekuatan yang kita ingin sama-sama titipkan. Saya berharap Puan Lim terus diberikan kekuatan serta dikurniakan kesembuhan sepenuhnya,” katanya. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Ahmad Farhan Fauzi

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Sumud Flotilla perlu diteruskan – Mapim
Next: Amerika Syarikat sokong keganasan Israel – Tun Dr. Mahathir

Related Stories

KRT TELUK KETAPANG
  • NASIONAL

Bina budaya pengguna sedar dalam komuniti

Solomon 22/09/2026 0
lelaki kencing tular
  • NASIONAL

Tiga lelaki ditahan buang air kecil tepi lebuh raya

Arisna Wiguna 21/09/2026 0
wisma negeri sembilan
  • NASIONAL

Kemelut Negeri Sembilan, integriti institusi mesti diutamakan

Solomon 21/09/2026 0

TERKINI

  • Bina budaya pengguna sedar dalam komuniti
  • Malaysia mudah tewaskan Filipina 3-0
  • Palmer, Rice, Rashford tarik diri, Gibbs-White dipanggil England
  • Tiga lelaki ditahan buang air kecil tepi lebuh raya
  • Acosta akhirnya raih kemenangan sulung MotoGP
No comments to show.

ARKIB

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by