Skip to content
31/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Dua bot ditahan, cubaan seludup PATI gagal di perairan Selangor

Panya Isamael 28/01/2026 (Last updated: 28/01/2026) 0 comments
8e75967a-0b57-4842-a2a7-1418aeaa316c

PELABUHAN KLANG - Cubaan menyeludup masuk dan membawa keluar pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui perairan Selangor gagal apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menahan dua bot dalam operasi khas awal pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, tangkapan dilakukan hasil risikan terhadap aktiviti penyeludupan manusia di sekitar perairan Bagan Nahkoda Omar.

Menurut beliau, tangkapan pertama membabitkan sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran yang ditahan pada pukul 12.30 tengah malam, kira-kira 1.5 batu nautika barat daya Bagan Nahkoda Omar.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot itu dikendalikan seorang tekong warga Myanmar berusia 36 tahun.

“Seramai 26 PATI warga Indonesia berada di atas bot berkenaan terdiri daripada 17 lelaki termasuk seorang kanak-kanak serta sembilan wanita berusia antara lima hingga 53 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dua lelaki warga tempatan berusia 46 dan 49 tahun turut berada di dalam bot tersebut dan dipercayai keluar serta masuk semula ke negara ini melalui laluan tidak sah.

Sementara itu, tangkapan kedua dilakukan kira-kira pukul 2.00 pagi melibatkan sebuah bot pom-pom pada kedudukan sekitar dua batu nautika barat daya kawasan sama.

“Bot tersebut dikendalikan seorang tekong bersama dua awak-awak warga Indonesia berusia antara 22 hingga 32 tahun.

“Pemeriksaan lanjut menemukan 24 PATI terdiri daripada 19 lelaki dan lima wanita berusia antara 22 hingga 64 tahun, selain seorang bayi perempuan berusia tiga bulan,” katanya.

Abdul Muhaimin berkata, kesemua PATI yang ditahan gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1953/63 kerana masuk dan keluar negara melalui jalan tidak diwartakan, serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM 2007) kerana cubaan membawa masuk PATI.

Kesemua individu bersama bot yang dirampas diiring ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam jenayah rentas sempadan dan akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan di perairan negara.

Sehubungan itu, orang ramai diminta menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah di laut kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 013-660 6652 atau melalui talian kecemasan 999 untuk tindakan segera. -DETIK MALAYSIA


Kredit foto - Maritim Selangor

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Casemiro sasar Piala Dunia 2026, prestasi di United jadi penentu
Next: 3 gergasi Eropah berdepan risiko tersingkir Liga Juara-Juara

Related Stories

Mohd Azmi
  • NASIONAL
  • TITIK PANDANG

Hijrah para sahabat ke Habsyah

Solomon 31/07/2026 0
bahasa melayu janaan AI
  • NASIONAL

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan Bahasa Penyatuan Rumpun Nusantara

Solomon 31/07/2026 0
mapim
  • NASIONAL

MAPIM kemuka lapan tuntutan reformasi agensi Bumiputera

Arisna Wiguna 31/07/2026 0

TERKINI

  • Star City FC sasar kelompok tiga terbaik Liga Super
  • Undian rasmi Kejohanan Dunia Sepaktakraw ISTAF 2026 berlangsung telus
  • Hijrah para sahabat ke Habsyah
  • Di kota ini ku tumpahkan setia
  • Ramadan kali ini beza, mak !
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by