Skip to content
26/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Kastam serbu dua gudang, rampas arak dan rokok RM11 juta

Panya Isamael 05/11/2025 (Last updated: 05/11/2025) 0 comments
IMG_20251105_212014

KELANA JAYA - Dua sindiket pengedaran minuman keras dan rokok putih disyaki tidak berkastam berjaya ditumpaskan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) menerusi dua serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang, baru-baru ini.

Pengarah Kastam WPKL, Wan Norizan Wan Daud, berkata serbuan pertama dijalankan pada 19 Ogos lalu kira-kira pukul 1.30 petang di sebuah gudang persendirian di Taman Prima Tropika, Seri Kembangan, hasil risikan Bahagian Penguatkuasaan JKDM.

“Hasil pemeriksaan menemukan 5,787 liter minuman keras pelbagai jenama disyaki tidak berkastam dengan anggaran nilai dan cukai berjumlah RM921,769,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebuah lori lima tan yang dipercayai digunakan untuk mengedar minuman keras seludup turut disita, manakala tiga lelaki warga asing ditahan bagi membantu siasatan.

Menurutnya, pengimportan minuman keras memerlukan lesen import serta setem cukai sah yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Kastam di bawah Peraturan 42(1), Peraturan-Peraturan Kastam 2019.

“Modus operandi sindiket ini ialah menjalankan aktiviti pembungkusan semula dan pembekalan secara pukal di kawasan perindustrian serta pembinaan bagi mengaburi pihak berkuasa,” jelasnya.

Sementara itu, dalam serbuan kedua pada 29 September lalu, pasukan operasi JKDM WPKL menyerbu sebuah gudang di Jalan Subang Permai, Shah Alam dan berjaya mematahkan aktiviti penyimpanan serta pengedaran rokok putih disyaki tidak berkastam.

“Hasil pemeriksaan menemukan 11.6 juta batang rokok pelbagai jenama dengan anggaran nilai RM2.32 juta serta jumlah duti dan cukai sebanyak RM7.88 juta,” katanya.

Wan Norizan berkata, sindiket terbabit menyimpan dan mengedar rokok secara pukal di gudang tanpa papan tanda bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Seorang penjaga stor tempatan turut ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) dan Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Beliau turut menyeru orang ramai menyalurkan sebarang maklumat berkaitan penyeludupan menerusi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau pejabat kastam terdekat, dengan jaminan kerahsiaan identiti pemberi maklumat. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Pelantikan Datuk Bandar Islam di New York dan London bagi mesej kepada dunia
Next: Pasport Malaysia kini ke-3 terbaik dunia

Related Stories

KHTK
  • NASIONAL

50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI

Arisna Wiguna 26/08/2026 0
azmi mapim
  • NASIONAL

‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran

Panya Isamael 26/08/2026 0
retort
  • NASIONAL

Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur

Solomon 25/08/2026 0

TERKINI

  • 50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI
  • ‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran
  • Cadangan Kerjasama Strategik Perpaduan Melayu Demi Kesejahteraan Semua Kaum
  • Jihin Radzuan buru kemenangan kedua ke atas Hirata
  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by