Skip to content
12/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

KPM arah tindakan tegas kes rogol pelajar di Kedah

Panya Isamael 17/10/2025 (Last updated: 17/10/2025) 0 comments
559459350_1402936695168379_5701344273165432513_n

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan tindakan tegas dan segera diambil terhadap pelajar yang terbabit dalam kes rogol berkumpulan di sebuah sekolah menengah di Kedah, termasuk hukuman buang sekolah.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, arahan itu telah disampaikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah selepas beliau menerima laporan berhubung kejadian berkenaan ketika menjawab isu di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurutnya, keutamaan KPM kini adalah memastikan mangsa menerima bantuan dan perlindungan sepenuhnya, termasuk sokongan psikologi bagi menangani trauma akibat kejadian itu.

“Perhatian utama kami ialah memastikan mangsa mendapat bantuan terbaik dalam menempuh situasi sukar ini. Semua suspek sudah ditahan reman bagi membantu siasatan polis, dan saya telah arahkan JPN Kedah menjalankan siasatan dalaman serta mengambil tindakan buang sekolah terhadap sesiapa sahaja yang terbukti bersalah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook semalam.

Fadhlina turut melahirkan rasa marah, sedih dan kecewa terhadap kejadian tersebut yang disifatkannya sebagai cerminan kebejatan sosial dalam kalangan remaja masa kini.

“Semua kejadian ini bukan kebetulan. Ia tanda jelas bahawa kita sedang berdepan masalah sosial yang serius dan menuntut tindakan bersama demi masa depan anak-anak kita,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan empat remaja termasuk tiga pelajar sebuah sekolah di Baling ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kes rogol berkumpulan dan penyebaran bahan lucah di media sosial.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salimi Mat Ali berkata, polis menerima laporan daripada seorang pengadu berusia 53 tahun kira-kira pukul 11 pagi Ahad lalu selepas guru disiplin memaklumkan mengenai penularan video bogel anaknya.

“Tiga pelajar dan seorang bekas pelajar ditahan pada pukul 9.30 malam hari sama bagi membantu siasatan. Siasatan mendapati empat suspek terbabit melakukan perbuatan seks termasuk secara berkumpulan antara Mei hingga Ogos lalu di beberapa lokasi sekitar kawasan sekolah berkenaan.

“Semua suspek direman lima hari manakala enam telefon bimbit turut dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: ‘Anak saya ditikam lebih 200 kali’
Next: SK Serdang UPM juara edisi pertama Piala Magnolia F&N B-12

Related Stories

Jais sprm
  • NASIONAL
  • POLITIK

MCW gesa laporan RCI Tabung Haji dibentang di Parlimen

Panya Isamael 11/08/2026 0
UPSI
  • NASIONAL

Naib Canselor UPSI terima Anugerah Ikon Rekreasi Luar OXN 2026

Solomon 10/08/2026 0
UPSI
  • NASIONAL

Naib Canselor UPSI terima Icon Award 2026

Arisna Wiguna 10/08/2026 0

TERKINI

  • MCW gesa laporan RCI Tabung Haji dibentang di Parlimen
  • Liverpool buru Camara, Monaco letak harga €50 juta
  • Naib Canselor UPSI terima Anugerah Ikon Rekreasi Luar OXN 2026
  • AFC, Concacaf, UEFA kecam Infantino, dakwa ‘pecahkan kepercayaan’
  • Program SUGAR buka peluang lebih ramai gadis ceburi bola sepak
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by