Skip to content
27/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL
  • PELBAGAI

MB Selangor arah langkah segera perketat keselamatan

Panya Isamael 14/10/2025 (Last updated: 14/10/2025) 0 comments
559784578_1380392510112763_9130491693224001759_n

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan mempergiat kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Pendidikan (KPM) dan komuniti setempat bagi memperkukuh tahap keselamatan di semua sekolah di negeri itu susulan tragedi pelajar perempuan maut ditikam oleh rakan sekolahnya di Petaling Jaya pagi tadi.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata sekolah seharusnya menjadi tempat paling selamat untuk anak-anak menimba ilmu, dan perkara itu akan menjadi keutamaan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dalam masa terdekat.

“Kerajaan Negeri akan memastikan beberapa langkah segera diambil, termasuk mempertingkat usaha keselamatan dan menyediakan sokongan kesihatan mental kepada pelajar bagi menjamin keselamatan semua anak-anak kita di sekolah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Amirudin, beliau telah berhubung dengan Ketua Polis Selangor yang mengesahkan siasatan terhadap kes berkenaan sedang dijalankan, dan menegaskan bahawa insiden itu tidak melibatkan sebarang unsur perkauman.

“Pihak polis akan terus menyiasat elemen jenayah kes ini dan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa,” katanya.

Amirudin turut menzahirkan rasa dukacita dan simpati terhadap keluarga mangsa yang berdepan kehilangan tragis itu.

“Sebagai seorang ayah yang turut mempunyai anak perempuan, saya tidak dapat membayangkan situasi yang sedang dilalui oleh ibu bapa mangsa. Saya mengucapkan takziah kepada mereka dan berdoa agar diberi kekuatan serta perlindungan dalam menghadapi tragedi ngeri ini,” katanya.

Terdahulu, negara dikejutkan dengan kejadian di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, apabila seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut ditikam oleh seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di dalam kawasan sekolah.

Difahamkan, suspek telah ditahan dan akan dibawa ke mahkamah esok bagi permohonan reman untuk membantu siasatan. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Amirudin Shari

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: 1,000 murid SK Cochrane sertai Program Wira Anti Rasuah 2025
Next: SK Putrajaya Presint 15 (1) menang berganda

Related Stories

wartawan mcw
  • NASIONAL

Enam wartawan diiktiraf Tokoh Wartawan Antirasuah MCW

Panya Isamael 25/07/2026 0
jais abdul karim
  • NASIONAL

Jais kekal terajui MCW bagi penggal 2026-2029

Panya Isamael 25/07/2026 0
Jais MCW
  • NASIONAL

MCW perkenal hala tuju baharu perkasa agenda antirasuah

Panya Isamael 25/07/2026 0

TERKINI

  • Safee dedah detik paling sukar selepas bersara
  • F1 kembali ke Sepang, GP Bahrain 2026 sah diadakan di Malaysia
  • SMK Shah Alam cemas sebelum ikat SMK Gunung Rapat
  • Israeli violence in West Bank must stop immediately, says MAPIM
  • Tan bangga semangat juang Harimau Malaya bangkit benam Myanmar
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by