Skip to content
28/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Pemandu Land Rover ditahan kes kemalangan 5 kenderaan di NKVE

Panya Isamael 21/10/2025 (Last updated: 21/10/2025) 0 comments
799db56c-08d4-4426-905f-a77434afd1ac

PETALING JAYA – Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun selepas dipercayai memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di Lebuhraya NKVE baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, kejadian itu berlaku pada 18 Oktober lalu kira-kira pukul 5.17 petang dan video berhubung insiden berkenaan tular di media sosial sejak semalam.

“Siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan dua buah lori dan tiga buah kereta. Ia berlaku apabila sebuah kenderaan jenis Land Rover berwarna hitam dipandu secara melulu sebelum terbabas ke kanan jalan.

“Dalam masa sama, sebuah lori yang datang dari arah belakang melanggar beberapa kenderaan lain yang memperlahankan pergerakan di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, pihak polis menahan pemandu Land Rover berkenaan untuk siasatan lanjut.

“Hasil semakan mendapati lelaki berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.

Shamsudin turut menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemandu yang memandu secara berbahaya dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang jalan raya. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Mayat lelaki ditemui dalam longkang
Next: Infantino bakal jejak ke Malaysia 25 Oktober ini ?

Related Stories

Koperasi HTK
  • NASIONAL

32 delegasi Teluk Ketapang sertai Sidang Kemuncak Pendidikan, Budaya di Makasar

Panya Isamael 28/07/2026 0
nelayan bot fiber
  • NASIONAL

Tekong warga asing diberkas di perairan Kapar

Panya Isamael 27/07/2026 0
wartawan mcw
  • NASIONAL

Enam wartawan diiktiraf Tokoh Wartawan Antirasuah MCW

Panya Isamael 25/07/2026 0

TERKINI

  • PolyCCSkills 2026 perkasa bakat TVET dalam bidang High Rope
  • PABM bangga capai sasaran tiga emas, gesa ISN perhalusi SOP sokongan atlet
  • 32 delegasi Teluk Ketapang sertai Sidang Kemuncak Pendidikan, Budaya di Makasar
  • John Stones pilih Inter, Liverpool dan Arsenal kempunan
  • Andi Farid terlepas aksi ARRC, alami beberapa keretakan tulang
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by