Skip to content
30/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

SOJC 2025 : Malaysia akur tewas di tangan Pakistan

Panya Isamael 11/10/2025 (Last updated: 11/10/2025) 0 comments
IMG-20251011-WA0021

JOHOR BAHRU - Bukan satu keputusan yang dimahukan apabila Malaysia terpaksa akur tewas 2-7 di tangan Pakistan dalam aksi pertama Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) 2025 di Stadium Hoki Johor, Taman Daya, di sini hari ini.

Keputusan tersebut menyaksikan banyak kerja rumah buat pengendali Young Tigers, Nor Saiful Zaini Nasiruddin untuk kekal kompetitif pada edisi ke-13 kejohanan itu.

Pasukan muda tuan rumah dikejutkan dengan gol awal Pakistan menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan dengan baik oleh Sufyan Khan pada minit ketiga.

Skuad Young Tigers bagaimanapun enggan mengalah apabila mengikat kedudukan pada minit ke-20 hasil pukulan sudut penalti Ammar Qusyairi Abd Halim.

Namun kegembiraan penyokong pasukan tuan rumah tidak kekal lama apabila Pakistan kembali di depan seminit kemudian sekali lagi menerusi Sufyan.

Pakistan yang dibimbing Kamran Ashraf terus membara apabila melebarkan jurang jaringan 4-1, sekali gus mendedahkan kelemahan benteng pertahanan skuad muda negara.

Kali ini tiba pula giliran kapten pasukan, Hannan Shahid yang meledak menerusi gol padang pada minit ke-30 dan berselang dua minit Nadeem Khan turut mencatat nama selaku penjaring menerusi pukulan sudut penalti.

Ketajaman Sufyan di depan gawang sekali lagi tidak boleh dinafikan oleh penjaga gawang negara, Haziq Muizuddin Hairul Mizan apabila pemain pertahanan itu meledak hatrik pada minit ke-34.

Berselang seminit, skuad Young Tigers yang enggan mengalah merapatkan jurang gol menerusi ledakan Azimuddin Kamaruddin melalui pukulan sudut penalti untuk merapatkan jurang jaringan 2-5.

Benteng pertahanan negara sekali lagi dihukum Nadeem pada minit ke-44 yang meledak gol kedua peribadi untuk melebarkan jaringan Pakistan kepada 6-2.

Skuad 'Green Shirts' terus menambah derita pasukan muda negara menerusi jaringan ketujuh hasil gol padang Fayyaz Hamza pada minit ke-52.

Nor Saiful yang ditemui media selepas perlawanan mengakui para pemain masih belum mencapai tahap terbaik untuk secara terbuka seperti yang diterap oleh kebanyakkan pasukan gergasi dunia.

Malah beliau turut mendedahkan para pemain Pakistan memiliki kemahiran individu yang tinggi mampu mengawal bola dengan sangat baik.

"Kita cuba bermain secara terbuka seperti taktikal hoki moden ketika ini. Namun para pemain masih belum mampu. Kita tidak boleh bertahan menunggu bola, sebaliknya perlu naik ke atas mencari gol.

"Situasi ini menyebabkan pasukan lawan melakukan serangan balas pantas dan ia menghukum benteng pertahanan kita. Pukulan sudut penalti pasukan lawan juga amat baik.

"Kita ada peluang, bukan tiada, tetapi tidak dapat diterjemahkan dengan jaringan," katanya.

Dalam pada itu, Sufyan yang turut dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan bersyukur di atas kemenangan pertama dalam saingan SOJC setelah mereka disatukan sebagai satu pasukan untuk tempoh yang lama.

"Kami bermain mengikut rentak, struktur serta perancangan yang diberikan oleh jurulatih. Alhamdulillah, kami memenangi perlawanan ini," katanya.

Perlawanan kedua pada Ahad, 19 Oktober, skuad Young Tigers akan berdepan Australia pada pukul 6.15 petang, manakala Pakistan bakal berentap dengan Great Britain pada pukul 8.15 malam.

Satu lagi perlawanan melibatkan pertemuan India dan New Zealand bermula pukul 4.05 petang.

Sebagai rekod, Malaysia muncul juara sulung kejohanan bawah 21 tahun (B-21) itu setelah menewaskan Australia 3-2 dalam aksi final edisi pertama pada 2011.

Pencapaian terbaik Pakistan pula ialah pada edisi 2016 apabila meraih tempat ketiga untuk membawa pulang pingat gangsa. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - SOJC 2025

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: KPT hargai peruntukan RM18.6 bilion dalam Belanjawan 2026
Next: Lelaki ditemui lemas di Pertak Campsite

Related Stories

arab saudi afc
  • SUKAN

Arab Saudi kekal tuan rumah final ACL Elite hingga 2029

Solomon 30/07/2026 0
ANGKAT BERAT
  • SUKAN

Lima emas bukti jurulatih tempatan setanding terbaik dunia

Arisna Wiguna 30/07/2026 0
tan cheng hoe
  • SUKAN

Harimau Malaya semakin serasi, Cheng Hoe tetap waspada jumpa Thailand

Arisna Wiguna 29/07/2026 0

TERKINI

  • KPDN serbu firma perunding, rampas perisian haram RM107,700
  • UPSI iktiraf kecemerlangan mahasiswa menerusi Anugerah Tokoh Siswa 2025
  • Mahasiswa UPSI raih tempat ketiga kejohanan teknologi dunia di AS
  • UPSI, Yayasan MR. D.I.Y. perkasa pendidikan STEM
  • Arab Saudi kekal tuan rumah final ACL Elite hingga 2029
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Ā© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by