Skip to content
10/09/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

KPT hargai peruntukan RM18.6 bilion dalam Belanjawan 2026

Panya Isamael 11/10/2025 (Last updated: 11/10/2025) 0 comments
FB_IMG_1760183828419

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pembentangan Belanjawan 2026 bertemakan “Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat”.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, berkata KPT menyambut baik peruntukan sebanyak RM18.60 bilion yang disalurkan kepada sektor pendidikan tinggi dalam Belanjawan 2026.

“Daripada jumlah tersebut, RM14.68 bilion diperuntukkan bagi belanja mengurus, manakala RM3.91 bilion bagi belanja pembangunan, dengan peningkatan sebanyak 2.76 peratus berbanding tahun 2025 yang berjumlah RM18.09 bilion,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Menurut beliau, peningkatan peruntukan itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk terus memperkasa sektor pendidikan tinggi negara melalui pelbagai agenda utama.

“Ia termasuk usaha meningkatkan kebolehpasaran graduan dan memperkukuh Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET), memperkasa penyelidikan, pembangunan dan inovasi (R&D&I), serta memperluas akses pendidikan tinggi berkualiti dan kebajikan pelajar,” katanya.

Dr. Zambry berkata, KPT akan terus memacu kecemerlangan pendidikan tinggi melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif yang berkait langsung dan tidak langsung dengan Belanjawan 2026. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: PM tekankan pendidikan seimbang, seru tangani budaya buli di sekolah
Next: SOJC 2025 : Malaysia akur tewas di tangan Pakistan

Related Stories

UPSI
  • NASIONAL

Warga UPSI perlu berani keluar daripada penjajahan minda

Panya Isamael 09/09/2026 0
JPJ
  • NASIONAL

Honda Civic Type R ubah suai ekstrem RM150,000 antara 37 kenderaan disita JPJ

Solomon 09/09/2026 0
upsi
  • NASIONAL

27 pelajar terbaik STPM 2025 terima tajaan yuran pengajian

Panya Isamael 07/09/2026 0

TERKINI

  • Selangor tewaskan Sabah, mara suku akhir Piala FA
  • Piala FA: Penang FC bangkit tewaskan Melaka, mara suku akhir
  • Lion City Sailors lantik Mark Jackson sebagai ketua jurulatih baharu
  • Warga UPSI perlu berani keluar daripada penjajahan minda
  • Mbappe yakin menang Ballon d’Or, legenda Perancis ‘sembur’
No comments to show.

ARKIB

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by