Skip to content
10/09/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Vesel langgar syarat lesen, kru asing ditahan

Panya Isamael 19/10/2025 (Last updated: 19/10/2025) 0 comments
b1817ee9-b79d-494e-8a39-e28520a0e141

PELABUHAN KLANG – Sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) kelas C ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor selepas disyaki melanggar syarat lesen sah dalam kejadian di perairan Sekinchan, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, tangkapan dibuat kira-kira pukul 6.50 petang oleh kapal Maritim yang sedang melakukan rondaan rutin 15.5 batu nautika barat daya Sekinchan.

“Hasil pemeriksaan mendapati vesel terbabit dikendalikan seorang tekong bersama tiga awak-awak yang kesemuanya warga Myanmar berusia antara 24 hingga 35 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, semakan lanjut mendapati keempat-empat kru terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan tidak memiliki permit kerja atau surat kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia untuk bekerja di atas vesel berkenaan.

“Hasil siasatan awal turut mendapati vesel tersebut melanggar syarat sah lesen di bawah Akta Perikanan 1985, termasuk menggunakan mata pukat kurang daripada 38 milimeter, yang dilarang dalam aktiviti penangkapan ikan,” katanya.

Maritim turut merampas kira-kira 300 kilogram ikan campur yang dipercayai hasil tangkapan aktiviti haram itu. Keempat-empat kru bersama vesel dan hasil rampasan kemudian diiring ke Jeti Pasukan Polis Marin, Pulau Indah untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana melanggar syarat lesen serta tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

“Maritim Malaysia akan terus mempergiat rondaan dan penguatkuasaan bagi memastikan perairan negara, khususnya di Selangor, tidak dijadikan lokasi pelanggaran undang-undang oleh mana-mana pihak,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan di laut diminta menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di 013-660 6652 untuk tindakan segera. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Maritim Negeri Selangor

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Bekas sami Shaolin temui semula penyelamatnya selepas 19 tahun
Next: Piala FA : Selangor lunas dendam belasah Negeri Sembilan 4-0

Related Stories

UPSI
  • NASIONAL

Warga UPSI perlu berani keluar daripada penjajahan minda

Panya Isamael 09/09/2026 0
JPJ
  • NASIONAL

Honda Civic Type R ubah suai ekstrem RM150,000 antara 37 kenderaan disita JPJ

Solomon 09/09/2026 0
upsi
  • NASIONAL

27 pelajar terbaik STPM 2025 terima tajaan yuran pengajian

Panya Isamael 07/09/2026 0

TERKINI

  • Selangor tewaskan Sabah, mara suku akhir Piala FA
  • Piala FA: Penang FC bangkit tewaskan Melaka, mara suku akhir
  • Lion City Sailors lantik Mark Jackson sebagai ketua jurulatih baharu
  • Warga UPSI perlu berani keluar daripada penjajahan minda
  • Mbappe yakin menang Ballon d’Or, legenda Perancis ‘sembur’
No comments to show.

ARKIB

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by