KUALA LUMPUR – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) berusia 41 tahun nyaris maut selepas terperangkap dalam kebakaran yang memusnahkan tujuh buah rumah di Jinjang, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.34 tengah hari itu, mangsa berjaya diselamatkan anggota bomba selepas mengalami sesak nafas dan melecur di bahagian kaki.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur memaklumkan kebakaran menyebabkan kemusnahan 100 peratus dan berjaya dikawal pada pukul 2.34 petang sebelum dipadam sepenuhnya pada pukul 3.37 petang.
Mangsa dihantar ke Hospital Selayang menggunakan jentera EMRS untuk rawatan lanjut di Zon Kuning.
Operasi pemadaman melibatkan BBP Jinjang dengan bantuan BBP Menjalara, Jalan Hang Tuah dan Sri Hartamas, manakala punca kebakaran masih dalam siasatan. – DETIK MALAYSIA
Kredit foto – Bomba