LIVERPOOL – Kebangkitan dramatik menyaksikan Liverpool menundukkan Newcastle United 4-1 pada aksi pekan ke-24 Premier League musim 2025/2026 di Stadium Anfield, awal pagi tadi.
Perlawanan yang berlangsung pada awal pagi Ahad tidak bermula dengan mudah buat skuad The Reds apabila Newcastle tampil agresif dan memberi tekanan seawal minit permainan.
Bagaimanapun, Liverpool bangkit mempamerkan aksi bertenaga sebelum berjaya menguasai tempo permainan pada babak kedua.
Empat gol tuan rumah dijaringkan oleh Hugo Ekitike yang muncul wira dengan dua jaringan, selain sumbangan daripada Florian Wirtz dan Ibrahima Konate.
Kemenangan itu membolehkan Liverpool mengumpul 39 mata sekali gus melonjak ke tangga kelima carta sementara liga.
Sementara itu, Newcastle kekal di kedudukan ke-10 selepas hanya mengutip 33 mata hasil 24 perlawanan setakat ini. – DETIK MALAYSIA
Kredit foto – Liverpool FC