Skip to content
28/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Ultras Malaya tuntut penjelasan isu FAM dan FIFA

Panya Isamael 15/10/2025 (Last updated: 15/10/2025) 0 comments
FB_IMG_1760506446571


KUALA LUMPUR – Kumpulan penyokong tegar Harimau Malaya, Ultras Malaya (UM’07) tampil menyuarakan pendirian tegas terhadap isu semasa yang melibatkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Dalam satu kenyataan dimuat naik di Facebook, UM’07 menegaskan suara yang dizahirkan bukan untuk menyerang mana-mana pihak secara membabi buta, sebaliknya demi mempertahankan maruah bola sepak negara atas dasar semangat patriotisme.

“Kami tidak menghentam mana-mana pihak secara membuta tuli. Kami bersuara kerana maruah bola sepak negara wajar dipertahankan dengan semangat patriotisme, bukan ketaatan membuta tuli,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut UM’07, mereka menuntut semua pihak yang terlibat untuk tampil bertanggungjawab serta memberi penjelasan mengenai kemelut yang melanda bola sepak tanah air, yang disifatkan turut menyentuh soal kedaulatan negara.

“Maruah sebenar tidak dipertahankan dengan diam. Ia hanya boleh ditegakkan dengan integriti, bukan dengan menutup kelemahan, menyembunyikan kebenaran atau menyapu persoalan rakyat ke bawah karpet,” katanya.

UM’07 berkata, rakyat dan penyokong mempunyai hak untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku dalam isu tersebut.

Sebelum itu, kumpulan penyokong tersebut turut menulis, “Selepas 90 minit perlawanan, kami kembali bersuara di Curva. Bukan untuk menyanyi atau menari,” sebagai tanda simbolik kepada suara penyokong yang mahu keadilan dan ketelusan ditegakkan dalam pentadbiran bola sepak negara.

Semalam, skuad Harimau Malaya terus mempamerkan prestasi meyakinkan dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2027 apabila membelasah Laos 5-1 pada aksi Kumpulan F di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kemenangan bergaya itu sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah skuad kendalian Peter Cklamovski selepas empat perlawanan selain terus kukuh di tangga teratas kumpulan dengan 12 mata maksimum. - DETIK MALAYSIA


About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: ACQ2027: Malaysia bangkit belasah Laos 5-1
Next: ‘Dunia ini palsu, saya sudah menang’

Related Stories

SULTAN Ibrahim
  • SUKAN

F1 kembali ke Sepang hasil diplomasi diraja Malaysia-Bahrain

Solomon 27/07/2026 0
lekir ultras malaya
  • SUKAN

Lekir rayu penyokong lupakan sengketa, turun sokong Harimau Malaya

Solomon 27/07/2026 0
tan cheng hoe
  • SUKAN

Jangan pandang rendah Laos, pesan Cheng Hoe

Solomon 27/07/2026 0

TERKINI

  • Andi Farid terlepas aksi ARRC, alami beberapa keretakan tulang
  • F1 kembali ke Sepang hasil diplomasi diraja Malaysia-Bahrain
  • Tekong warga asing diberkas di perairan Kapar
  • Lekir rayu penyokong lupakan sengketa, turun sokong Harimau Malaya
  • Jangan pandang rendah Laos, pesan Cheng Hoe
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by