Skip to content
21/09/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

ACQ2027: Malaysia bangkit belasah Laos 5-1

Panya Isamael 15/10/2025 (Last updated: 15/10/2025) 0 comments
Malaysia-first-goal

KUALA LUMPUR – Harimau Malaya mempamerkan aksi penuh bergaya apabila menumpaskan Laos 5-1 dalam saingan Kelayakan Piala Asia 2027 (pusingan ketiga) di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Anak buah Peter Cklamovski turun dengan keyakinan tinggi selepas kemenangan 3-0 ke atas lawan sama di Stadium New Laos sebelum ini, dan kali ini mereka memanfaatkan sokongan padu penyokong tuan rumah untuk terus mengutip tiga mata berharga dalam kempen kelayakan.

Cklamovski hanya melakukan satu pertukaran dalam kesebelasan utama apabila Faisal Halim menggantikan Nazmi Faiz, manakala Laos membuat dua perubahan selepas kehilangan Sonevilay Phetviengsy yang cedera di bahagian kepala.

Malaysia hampir membuka tirai jaringan seawal minit kelima menerusi Romel Morales yang melepaskan voli deras namun sedikit tersasar. Laos bagaimanapun mencuri tumpuan pada minit ke-17 apabila rembatan jauh Chanthavixay Khounthoumphone terkena kepala Sharul Saad sebelum menewaskan penjaga gol Syihan Hazmi memberikan kejutan awal buat penyokong tuan rumah.

Malaysia terus menggandakan asakan dan nyaris menyamakan kedudukan pada minit ke-26 menerusi tandukan La’Vere Corbin-Ong yang diselamatkan penjaga gol Laos, Kop Lokphathip.

Babak kedua menyaksikan kebangkitan luar biasa Harimau Malaya. Minit ke-58, Faisal Halim memukau 60,000 penonton apabila sepakan percuma lencongnya dari luar kotak penalti menerjah jaring mengikat kedudukan 1-1.

Enam minit kemudian, Romel Morales menamatkan kemarau golnya bersama skuad kebangsaan apabila menyudahkan hantaran lintang Arif Aiman untuk meletakkan Malaysia di depan 2-1.

Tidak lama kemudian, Morales sekali lagi menjadi wira apabila menyempurnakan umpanan Dion Cools pada minit ke-69 bagi menambah jaringan ketiga.

Kesilapan pertahanan muda Laos, Khammanh Thapaseut yang tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-79 menjadikan kedudukan 4-1 sebelum pemain gantian Paulo Josue meledak gol kelima hanya tiga minit selepas dimasukkan.

Perlawanan berakhir dengan kemenangan selesa 5-1 buat Malaysia yang kini terus gah di tangga teratas Kumpulan F dalam misi memburu tiket ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - AFC

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Insiden pelajar maut ditikam tamparan hebat kepada KPM
Next: Ultras Malaya tuntut penjelasan isu FAM dan FIFA

Related Stories

jais abdul karim
  • SUKAN

‘Pengadil bukan sekadar tahu peraturan’

Arisna Wiguna 20/09/2026 0
sukan asia pembukaan
  • SUKAN

Kontinjen Malaysia tampil penuh semangat di pembukaan Sukan Asia Aichi-Nagoya

Arisna Wiguna 20/09/2026 0
halim kader
  • SUKAN

Abdul Halim Kader mahu semua pegawai bersatu jayakan sepak takraw

Panya Isamael 19/09/2026 0

TERKINI

  • Krisis institusi Raja N. Sembilan perlu kembali kepada Perlembagaan, adat
  • MAPIM mahu politik Malaysia kembali kepada amanah
  • ‘Pengadil bukan sekadar tahu peraturan’
  • YKN santuni keluarga mangsa nahas helikopter FDS
  • Homestay Teluk Ketapang bakal terima tetamu dari 15 negara
No comments to show.

ARKIB

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by