Skip to content
20/09/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Olahragawan, Olahragawati Wilayah Persekutuan jadi tumpuan ASWP 2023/2024

Panya Isamael 21/10/2025 (Last updated: 21/10/2025) 0 comments
486577394_1078160384349128_8004642234827777958_n

PUTRAJAYA – Majlis Anugerah Sukan Wilayah Persekutuan (ASWP) 2023/2024 bakal berlangsung penuh meriah Khamis ini di Dewan Seri Siantan, Putrajaya bagi mengiktiraf keunggulan atlet-atlet dari Wilayah Persekutuan yang cemerlang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Sebanyak 13 kategori utama bakal dipertandingkan, namun tumpuan utama pastinya terarah kepada anugerah Olahragawan dan Olahragawati Wilayah Persekutuan yang masing-masing bakal membawa pulang wang tunai RM8,000 berserta Piala Pusingan.

Bagi kategori Olahragawan, tiga calon berbakat besar disenarai pendek iaitu pemanah Alang Ariff Aqil Muhammad Ghazali, perenang Khiew Hoe Yean dan penerjun Nurqayyum Nazmi Mohamad Nazim.

Sementara itu, kategori Olahragawati menyaksikan saingan sengit antara pemanah Ariana Nur Dania Mohamad Zairi, atlet boling padang Nur Ain Nabilah Tarmizi dan atlet wushu Kwan Yong Xin.

Dalam kategori Olahragawan Harapan, tiga calon menonjol ialah Muhammad Dhuha Zulfikry (renang), Joachim Chuah (skuasy) dan Jesaiah Lyshant Rabindranath (lawan pedang). Manakala bagi Olahragawati Harapan, tiga atlet berjaya ke senarai akhir Cassidy Tan (gimrama), Chong Xin Lin (renang) dan Lee Yiat Qing (terjun).

Setiap pemenang kategori harapan bakal menerima wang tunai RM5,000 sebagai pengiktirafan terhadap potensi besar mereka untuk terus menyerlah di masa depan.

Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP), Nik Ahmad Zahiruddin Nik Saleh, berkata pemilihan calon dilakukan secara teliti oleh panel berpengalaman dalam pelbagai bidang sukan.

“Wilayah Persekutuan antara penyumbang utama atlet negara dan tahun ini barisan calon kita benar-benar berkualiti serta berdaya saing.


Kejayaan mereka bukan sekadar pengiktirafan prestasi, tetapi simbol semangat juang dan disiplin atlet Wilayah Persekutuan,” katanya.

Majlis penganugerahan kali ini akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, yang dijadual menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

ASWP sejak diperkenalkan telah mengiktiraf ramai atlet ternama termasuk Yeoh Ken Nee, Nur Dhabitah Sabri, Ng Joe Ee dan Muhammad Erry Hidayat, yang menjadi inspirasi kepada generasi baharu atlet Wilayah Persekutuan.

Majlis berprestij ini bukan sekadar meraikan kejayaan, tetapi juga menjadi platform pengiktirafan kepada warga sukan Wilayah Persekutuan yang terus mengharumkan nama di pentas kebangsaan dan antarabangsa. - DETIK MALAYSIA


Foto kredit - Olympic Games Paris 2024

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Anwar ucap tahniah atas pelantikan Takaichi sebagai PM Jepun baharu
Next: Mapim kecam kenyataan Trump galak keganasan

Related Stories

halim kader
  • SUKAN

Abdul Halim Kader mahu semua pegawai bersatu jayakan sepak takraw

Panya Isamael 19/09/2026 0
jais abdul karim
  • SUKAN

Integriti mesti bermula dengan kepimpinan

Panya Isamael 19/09/2026 0
kcfc
  • SUKAN

Kuching City tewas lewat di Phnom Penh

Solomon 18/09/2026 0

TERKINI

  • Enam hari hilang, keluarga cari Qaseh Atika
  • Jais bersedia pikul amanah di Nagoya
  • KTMB gantung tugas pekerja kontraktor terbabit insiden pergaduhan di Stesen Labu
  • Ular masuk bangunan Hive 9 Mranti Park
  • Tawaran kerja pengurus, lelaki rugi RM39,000
No comments to show.

ARKIB

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by