Skip to content
28/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Mapim kecam kenyataan Trump galak keganasan

Panya Isamael 21/10/2025 (Last updated: 21/10/2025) 0 comments
558865899_1291830142626050_960301808734773225_n

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengecam sekeras-kerasnya kenyataan berunsur ancaman dan tidak bertanggungjawab yang didakwa dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.


Presiden Mapim, Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, ia termasuk gesaan untuk “menghapuskan” Hamas serta cadangan agar negara lain atau Israel melancarkan operasi ketenteraan sekiranya kumpulan itu tidak mematuhi gencatan senjata yang rapuh.

Katanya, kenyataan seperti itu daripada seorang pemimpin kuasa besar dunia disifatkan sebagai angkuh, berbahaya dan tidak berperikemanusiaan kerana ia seolah-olah menghalalkan penggunaan kekerasan melampau serta menyemarakkan lagi kitaran keganasan yang telah meragut banyak nyawa orang awam di Gaza.

“Ucapan daripada pemimpin berpengaruh mempunyai kesan nyata di lapangan dan bukan sekadar retorik politik. Ia boleh mencetuskan lebih banyak penderitaan dan menghalang usaha damai yang sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, seruan untuk ‘menghapuskan’ mana-mana kumpulan atau mendesak negara lain melancarkan serangan balas bersifat ganas dianggap sebagai bentuk hukuman kolektif yang melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta hanya akan memburukkan keadaan.

Tambahnya, kenyataan bersifat dendam tentera boleh menormalisasi penderitaan rakyat awam dan menjejaskan usaha diplomasi yang sedang diusahakan dan pemimpin seharusnya memilih jalan pendamaian, bukan provokasi.

Mapim turut menyeru Kerajaan AS, kuasa-kuasa serantau, PBB, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Liga Arab, ASEAN dan semua negara yang menjunjung maruah kemanusiaan supaya bertindak segera bagi menenangkan keadaan, melindungi orang awam serta menolak sebarang dasar atau kenyataan yang menggalakkan keganasan. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Olahragawan, Olahragawati Wilayah Persekutuan jadi tumpuan ASWP 2023/2024
Next: Malaysia komited jadikan ASEAN hab perdagangan adil dan mampan – Anwar

Related Stories

Koperasi HTK
  • NASIONAL

32 delegasi Teluk Ketapang sertai Sidang Kemuncak Pendidikan, Budaya di Makasar

Panya Isamael 28/07/2026 0
nelayan bot fiber
  • NASIONAL

Tekong warga asing diberkas di perairan Kapar

Panya Isamael 27/07/2026 0
wartawan mcw
  • NASIONAL

Enam wartawan diiktiraf Tokoh Wartawan Antirasuah MCW

Panya Isamael 25/07/2026 0

TERKINI

  • PolyCCSkills 2026 perkasa bakat TVET dalam bidang High Rope
  • PABM bangga capai sasaran tiga emas, gesa ISN perhalusi SOP sokongan atlet
  • 32 delegasi Teluk Ketapang sertai Sidang Kemuncak Pendidikan, Budaya di Makasar
  • John Stones pilih Inter, Liverpool dan Arsenal kempunan
  • Andi Farid terlepas aksi ARRC, alami beberapa keretakan tulang
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by