Skip to content
28/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Malaysia komited jadikan ASEAN hab perdagangan adil dan mampan – Anwar

Panya Isamael 21/10/2025 (Last updated: 21/10/2025) 0 comments
569019795_1400609024753994_5040795147929261633_n

YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa menghadiri PNB Knowledge Forum 2025 di Kuala Lumpur. 21 Oktober 2025. IZZUDDIN ABD RADZAK/Pejabat Perdana Menteri. NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This handout videos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the visual or facts mentioned in the caption. Reuse of the videos may require further permission. MANDATORY CREDIT - Izzuddin Ab

KUALA LUMPUR – Masa depan ekonomi dunia perlu dibentuk berasaskan prinsip keadilan, keterangkuman dan kerjasama serantau yang kukuh, bukan semata-mata peraturan dan retorik tanpa hasil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau memuji usaha berterusan DHL dalam memperkasakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) termasuk perniagaan milik wanita untuk menembusi pasaran global melalui inisiatif GoTrade.

“DHL telah membantu ribuan PMKS untuk bersaing dengan keyakinan di peringkat antarabangsa. Inisiatif sebegini amat penting pada saat dunia berada di persimpangan, ketika kepastian lama semakin pudar dan poros baharu sedang terbentuk,” katanya berucap pada majlis penutup DHL GoTrade Summit 2025 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini.

Anwar berkata, prinsip multilateralisme yang selama ini menjadi teras kerjasama antarabangsa kini semakin longgar, justeru dunia perlu mencari pendekatan baharu yang lebih strategik, fleksibel dan berpaksikan manfaat bersama.

“Apa yang dunia perlukan bukan lagi retorik tentang peraturan, tetapi komitmen baharu terhadap keadilan dan hasil yang nyata,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan bahawa pergolakan dalam dasar perdagangan global termasuk tarif, sekatan dan perubahan rantaian bekalan menuntut negara untuk memperkukuh daya tahan serta kerjasama serantau.

Menurutnya, Malaysia percaya ASEAN perlu terus menjadi model keterbukaan dan perpaduan. Dengan populasi seramai 680 juta penduduk, rantau ini kini menjadi nadi utama dalam rantaian bekalan global dan dijangka muncul sebagai ekonomi keempat terbesar dunia dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Pertumbuhan ini bukan kebetulan, tetapi hasil tekad bersama untuk mempertahankan perdagangan bebas dan adil,” jelasnya.

Perdana Menteri berkata, aspirasi Malaysia untuk kekal sebagai hab pelaburan yang diyakini, di samping memastikan perusahaan tempatan dan pemula niaga tidak dipinggirkan.

Tambahnya, kerajaan terus memperkukuh sokongan terhadap PMKS melalui jaminan dan kemudahan pembiayaan yang diperluas bagi membantu mereka berinovasi, mendigitalkan operasi serta meningkatkan daya saing di pasaran antarabangsa. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Anwar Ibrahim

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Mapim kecam kenyataan Trump galak keganasan
Next: Mayat lelaki ditemui dalam longkang

Related Stories

Koperasi HTK
  • NASIONAL

32 delegasi Teluk Ketapang sertai Sidang Kemuncak Pendidikan, Budaya di Makasar

Panya Isamael 28/07/2026 0
nelayan bot fiber
  • NASIONAL

Tekong warga asing diberkas di perairan Kapar

Panya Isamael 27/07/2026 0
wartawan mcw
  • NASIONAL

Enam wartawan diiktiraf Tokoh Wartawan Antirasuah MCW

Panya Isamael 25/07/2026 0

TERKINI

  • PolyCCSkills 2026 perkasa bakat TVET dalam bidang High Rope
  • PABM bangga capai sasaran tiga emas, gesa ISN perhalusi SOP sokongan atlet
  • 32 delegasi Teluk Ketapang sertai Sidang Kemuncak Pendidikan, Budaya di Makasar
  • John Stones pilih Inter, Liverpool dan Arsenal kempunan
  • Andi Farid terlepas aksi ARRC, alami beberapa keretakan tulang
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by