PUTRAJAYA – Pemain tengah Imigresen FC II, Hafiz Kamal dikejarkan ke Hospital Putrajaya selepas mengalami pitam sejurus tamat sesi latihan petang semalam.
Menurut kenyataan rasmi kelab, pemeriksaan awal mendapati bekas pemain kebangsaan itu perlu dimasukkan ke wad bagi menjalani pemantauan dan rawatan lanjut oleh pihak perubatan.
“Seluruh keluarga besar IFC menyeru agar semua pihak sama-sama mendoakan agar Hafiz Kamal segera pulih dan kembali sihat seperti sediakala,” jelas kenyataan itu.
Difahamkan, barisan pengurusan pasukan IFC II turut hadir menziarahi serta menghulurkan bantuan dan sokongan moral kepada keluarga pemain berusia 33 tahun itu sebaik menerima maklumat mengenai kejadian tersebut.
Menerusi hantaran di media sosial rasmi kelab, IFC turut menzahirkan semangat juang mereka dengan mesej ringkas: “Mighty Tigers – We won’t quit, we try harder.” - DETIK MALAYSIA
Foto kredit - Imigresen Football Club
