Skip to content
26/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Vesel langgar syarat lesen, 3 awak-awak asing ditahan

Panya Isamael 18/11/2025 (Last updated: 18/11/2025) 0 comments
80a5cba9-deaf-42ef-98cc-ff1ee3a8bd33

PELABUHAN KLANG – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor menahan tiga warga asing yang didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan permit kerja ketika melakukan aktiviti perikanan di atas sebuah Vessel Nelayan Tempatan (VNT) Kelas A, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, tangkapan dilakukan pada pukul 10.15 malam ketika aset Maritim Malaysia menjalankan rutin operasi di perairan Selangor.

Menurutnya, semasa rondaan, kapal Maritim mengesan vesel berkenaan pada kedudukan 5.95 batu nautika barat daya Tanjung Karang sebelum pemeriksaan dilakukan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kapal itu dikendalikan seorang tekong dan dua awak-awak berusia 32 hingga 38 tahun, kesemuanya warga Indonesia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pemeriksaan lanjut turut mendapati ketiga-tiga mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan permit kerja atau surat kebenaran sah untuk bekerja di atas vesel tersebut.

Selain itu, katanya, vesel berkenaan juga melanggar syarat lesen apabila menggunakan peralatan menangkap ikan yang tidak didaftarkan.

Kesemua mereka termasuk hasil tangkapan ikan campur kira-kira 10 kilogram dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin, Pulau Indah untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen iaitu menggajikan warga asing tanpa kebenaran serta menggunakan peralatan perikanan tidak didaftarkan. Kes turut disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen sah.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dalam isu pelanggaran undang-undang dan akan meneruskan pemantauan berterusan di perairan Selangor,” ujarnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kegiatan menyalahi undang-undang di laut boleh menyalurkannya menerusi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 013-6606652. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - MARITIM NEGERI SELANGOR

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: FAM heret kes pemain warisan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan
Next: FIFA tunjuk ‘kad merah’ kepada FAM

Related Stories

KHTK
  • NASIONAL

50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI

Arisna Wiguna 26/08/2026 0
azmi mapim
  • NASIONAL

‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran

Panya Isamael 26/08/2026 0
retort
  • NASIONAL

Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur

Solomon 25/08/2026 0

TERKINI

  • 50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI
  • ‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran
  • Cadangan Kerjasama Strategik Perpaduan Melayu Demi Kesejahteraan Semua Kaum
  • Jihin Radzuan buru kemenangan kedua ke atas Hirata
  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by