Skip to content
25/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

FIFA tunjuk ‘kad merah’ kepada FAM

Panya Isamael 18/11/2025 (Last updated: 18/11/2025) 0 comments
FIFA-scaled-2-2048x1366

KUALA LUMPUR – Krisis penipuan dokumen kelayakan pemain dalam kancah bola sepak negara terus meruncing apabila Jawatankuasa Rayuan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengekalkan semua hukuman yang dikenakan terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta tujuh pemain yang terlibat.

Keputusan penuh bertulis yang dikeluarkan badan induk dunia itu hari ini menegaskan bahawa kesalahan tersebut merupakan ancaman besar terhadap integriti bola sepak antarabangsa selain dilabel sebagai tindakan yang cuba memanipulasi peraturan kelayakan pemain.

Menurut rumusan keputusan itu, tindakan mengemukakan dokumen palsu bagi mengaburi badan pengelola bola sepak dianggap sebagai perbuatan yang “mencalar asas kejujuran dan kredibiliti sukan bola sepak,” sekali gus tidak boleh dikompromi dalam apa jua keadaan.

FIFA turut menegaskan bahawa peraturan kelayakan pemain diwujudkan demi memastikan keadilan, ketelusan serta kepercayaan global terhadap setiap perlawanan di peringkat antarabangsa.

Dalam keputusan muktamad itu, tiada sebarang alasan kukuh ditemui untuk membatalkan hukuman asal yang diputuskan Jawatankuasa Tatatertib FIFA pada 25 September lalu.

Sehubungan itu, FAM dan tujuh pemain terbabit bukan sahaja gagal dalam rayuan, malah perlu menanggung kos perundangan sebanyak 8,000 franc Switzerland (RM41,693) setiap seorang.

Hukuman asal kekal berkuat kuasa iaitu denda 350,000 franc Switzerland (RM1.8 juta) ke atas FAM serta penggantungan selama 12 bulan terhadap tujuh pemain terbabit.

Lebih memburukkan keadaan, FIFA turut mengarahkan siasatan dalaman berskala penuh bagi menilai struktur tadbir urus FAM, mengenal pasti individu yang terlibat dalam penghasilan atau pemalsuan dokumen serta menilai tahap pematuhan dan proses pengesahan sedia ada.

Siasatan juga akan memfokuskan kepada Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman serta dua ejen berlesen FIFA, Nicolás Puppo dan Frederico Moraes yang sebelum ini turut dirujuk dalam prosiding terdahulu.

Selain itu, FIFA mengesahkan satu lagi siasatan berasingan dibuka berhubung penggunaan pemain tidak layak dalam tiga aksi persahabatan, yang berkemungkinan membawa kepada penalti tambahan termasuk pembatalan keputusan perlawanan.

Memandangkan isu berkenaan melibatkan unsur jenayah pemalsuan dokumen, FIFA turut mengarahkan supaya laporan rasmi dibuat kepada pihak berkuasa di Brazil, Argentina, Belanda, Sepanyol dan Malaysia, sekali gus membuka ruang pendakwaan di peringkat kriminal.

Keputusan ini dilihat memberi tamparan hebat kepada FAM yang kini berdepan tekanan awam dan krisis keyakinan susulan kontroversi pemain naturalisasi dan warisan sejak beberapa bulan lalu.

Dengan tindakan FIFA yang kini melangkaui hukuman teknikal kepada penyiasatan struktur serta potensi tindakan perundangan, masa depan pengurusan bola sepak Malaysia dijangka akan melalui perubahan besar dalam tempoh terdekat. - DETIK MALAYSIA

Kredit foto - FIFA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Vesel langgar syarat lesen, 3 awak-awak asing ditahan
Next: Lelaki nyaris maut, kereta dihempap runtuhan binaan ECRL

Related Stories

MFL
  • SUKAN

MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0

Arisna Wiguna 25/08/2026 0
taekwondo
  • SUKAN

500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka

Panya Isamael 25/08/2026 0
Naib Canselor UPSI
  • SUKAN

Naib Canselor UPSI sebak Danish kalung tiga pingat emas

Arisna Wiguna 23/08/2026 0

TERKINI

  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
  • 500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka
  • Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur
  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by