Skip to content
25/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI

Lelaki nyaris maut, kereta dihempap runtuhan binaan ECRL

Panya Isamael 18/11/2025 (Last updated: 18/11/2025) 0 comments
IMG_20251118_150128

GOMBAK – Seorang lelaki melalui detik cemas apabila nyaris maut selepas kereta dipandunya dihempap runtuhan binaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dalam kejadian di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), berhampiran Batu Caves, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.47 tengah hari itu, mangsa dikatakan berjaya dikeluarkan oleh orang awam beberapa minit sebelum pasukan penyelamat tiba di lokasi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikerahkan ke tempat kejadian.

“Jentera pertama tiba pada pukul 2.14 petang dan komander operasi melaporkan terdapat runtuhan binaan ECRL yang menghempap sebuah kereta jenis Suzuki Swift.

“Mangsa bagaimanapun sudah berjaya dikeluarkan orang awam sebelum ketibaan anggota bomba,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, operasi membabitkan tujuh anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS).

“Tiada mangsa lain dilaporkan terlibat dan punca runtuhan masih dalam siasatan pihak berkuasa,” jelasnya.

Difahamkan, video dan gambar insiden berkenaan turut tular di media sosial, menimbulkan kebimbangan pengguna jalan raya serta orang awam mengenai keselamatan struktur projek mega itu. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Bomba Selangor

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: FIFA tunjuk ‘kad merah’ kepada FAM
Next: Peguam urus kes aksesori barang kemas palsu pempengaruh wanita

Related Stories

sultan perak
  • PELBAGAI

Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid

Panya Isamael 24/08/2026 0
Dr. Solehah Yaacob
  • PELBAGAI

UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor

Panya Isamael 23/08/2026 0
SOCCHW
  • PELBAGAI

35 sekolah luar negara sertai SOCCHW 2026

Solomon 21/08/2026 0

TERKINI

  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
  • 500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka
  • Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur
  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by