Skip to content
25/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

FAM heret kes pemain warisan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan

Panya Isamael 18/11/2025 (Last updated: 18/11/2025) 0 comments
FIFA-scaled-2-2048x1366

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil langkah membawa kes status kelayakan tujuh pemain warisan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) selepas rayuan badan itu ditolak oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Pemangku Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, pihaknya telah menerima alasan penuh berhubung keputusan penolakan berkenaan dan akan meneruskan tindakan susulan melalui saluran perundangan yang sah.

“Langkah ini diambil bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan serta mempertahankan integriti proses kelayakan pemain yang telah ditetapkan oleh kerajaan serta agensi berkaitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, badan induk bola sepak negara kekal komited memperjuangkan hak semua pemain yang layak mewakili Malaysia.

“FAM akan memastikan setiap tindakan diambil secara profesional, telus dan mengikut undang-undang,” ujarnya.

FIFA hari ini akhirnya mendedahkan secara terperinci alasan menolak rayuan yang dikemukakan oleh FAM dan tujuh pemain naturalisasi selepas dihukum isu pemalsuan dokumen.

Jawatankuasa Rayuan FIFA yang dikeluarkan pada 3 November telah mengekalkan hukuman berat yang dikenakan terhadap badan induk bola sepak negara dan tujuh pemain terbabit yang memalsukan dokumen bagi menyarung jersi Harimau Malaya.

Tujuh pemain terbabit adalah Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel dengan mereka digantung daripada terlibat dalam bola sepak selama 12 bulan. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - AFP

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Perkenal gaji minimum pengamal media – GKMM
Next: Vesel langgar syarat lesen, 3 awak-awak asing ditahan

Related Stories

MFL
  • SUKAN

MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0

Arisna Wiguna 25/08/2026 0
taekwondo
  • SUKAN

500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka

Panya Isamael 25/08/2026 0
Naib Canselor UPSI
  • SUKAN

Naib Canselor UPSI sebak Danish kalung tiga pingat emas

Arisna Wiguna 23/08/2026 0

TERKINI

  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
  • 500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka
  • Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur
  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by