Skip to content
30/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

5 pemancing selamat selepas bot terbalik

Panya Isamael 26/11/2025 (Last updated: 26/11/2025) 0 comments
aa60c21d-b993-45a5-9c81-6ad65484ae55

PELABUHAN KLANG - Lima pemancing yang dilaporkan hilang selepas bot fiber dinaiki mereka terbalik akibat cuaca buruk akhirnya ditemui selamat di sangkar ikan berhampiran Pulau Ketam, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, insiden berlaku selepas kumpulan itu keluar menangkap ikan pada 23 Novemberlalu sebelum mereka dilaporkan tidak pulang ke pangkalan dan gagal untuk dihubungi.

Menurut Abdul Muhaimin, Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor menerima laporan awal daripada seorang ahli keluarga mangsa, Mohd Redzuan, yang memaklumkan kehilangan bot berkenaan.

ā€œPada pukul 12.50 tengah hari semalam, komuniti maritim melaporkan penemuan sebuah bot fiber terbalik kira-kira 1.5 batu nautika barat daya Pulau Ketam, dipercayai bot dinaiki lima mangsa tersebut.

ā€œSusulan itu, dua aset Maritim Malaysia digerakkan ke lokasi untuk pencarian awal,ā€ katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru kemudiannya telah mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) pada pukul 1 petang semalam dan Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) telah ditubuhkan di jeti nelayan Kampung Telok Nipah, Pelabuhan Klang.

"Pada sekitar pukul 4.47 petang semalam, Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor menerima maklumat daripada seorang individu yang dikenali sebagai Anuar, memaklumkan lima mangsa telah di temui disangkar ikan di perairan Pulau Ketam dan kesemua mangsa yang terdiri daripada empat warga tempatan dan seorang warganegara Indonesia berusia 23 hingga 57 tahun dalam keadaan selamat," katanya.

Menurutnya, kelima-lima mangsa telah dibawa ke jeti nelayan Kampung Telok Nipah dengan bot Penggalang 31 dan telah selamat tiba pada pukul 5.50 petang semalam. Dua mangsa mengalami kecederaan di kaki akibat di sengat ikan.

Salah seorang mangsa memaklumkan kepada anggota penyelamat, insidentersebut berlaku apabila bot dinaiki mereka terbalik kerana cuaca buruk dan mereka berenang kesangkar ikan berhampiran bagi menyelamatkan diri.

Kesemua mereka telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) untuk tindakan lanjut dan Operasi Carilamat telah ditamatkan pada pukul 6.30 petang.

Maritim Malaysia sekali lagi mengingatkan kepada orang awam supaya mengutamakan aspek keselamatan ketika melakukan aktiviti di laut. Penggunaan jaket keselamatan dan pemantauan cuaca semasa amat penting semasa berada di laut.

Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut orang ramai bolehmenghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 013-6606652 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: FAM kecam keras insiden ancaman terhadap wartawan
Next: Siasat segera dakwaan RM600,000 libat Setpol kanan PM

Related Stories

Jais MCW
  • NASIONAL

RCI Tabung Haji: MCW gesa reformasi institusi, bukan politikkan isu

Arisna Wiguna 30/07/2026 0
politik wang
  • NASIONAL

MCW gesa siasat dakwaan agih RM300 kepada pengundi

Solomon 29/07/2026 0
rohingya
  • NASIONAL

Pelarian Rohingya cari perlindungan, bukan mahu ambil alih negara

Panya Isamael 29/07/2026 0

TERKINI

  • Lima emas bukti jurulatih tempatan setanding terbaik dunia
  • RCI Tabung Haji: MCW gesa reformasi institusi, bukan politikkan isu
  • Harimau Malaya semakin serasi, Cheng Hoe tetap waspada jumpa Thailand
  • Kontinjen Kedah terima suntikan RM465,183, buru kegemilangan di SUKMA Selangor
  • MCW gesa siasat dakwaan agih RM300 kepada pengundi
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Ā© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by