Skip to content
25/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL
  • POLITIK

Siasat segera dakwaan RM600,000 libat Setpol kanan PM

Panya Isamael 26/11/2025 (Last updated: 26/11/2025) 0 comments
534599510_4029192140729405_2821676278653887782_n

KUALA LUMPUR – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) memandang serius dakwaan mengejutkan bahawa lebih RM600,000 didakwa diberikan oleh seorang usahawan kepada setiausaha politik kanan Perdana Menteri, sebelum Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin meletakkan jawatan pada hari yang sama.

Dakwaan itu dianggap berpotensi menggugat integriti Pejabat Perdana Menteri (PMO) serta boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kesungguhan kerajaan memerangi rasuah.

Presiden MCW, Jais Abdul Kaim berkata, pendedahan tersebut berada dalam kategori risiko rasuah tertinggi kerana ia membabitkan individu yang mempunyai akses langsung kepada Perdana Menteri dan membuka ruang kepada kemungkinan wujud unsur cash-for-access serta penyalahgunaan kuasa.

"MCW menegaskan bahawa isu berprofil tinggi seperti ini tidak boleh dipandang mudah, sebaliknya memerlukan siasatan segera, menyeluruh dan tidak berkompromi.

"MCW mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak tanpa rasa takut atau memihak dengan meneliti aliran wang RM600,000 itu, mengenal pasti tujuan sebenar pemberian berkenaan serta memanggil semua individu yang didakwa terlibat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jais berkata, selain siasatan aliran kewangan, MCW turut menggesa SPRM menjalankan siasatan gaya hidup terhadap pegawai politik yang dinamakan dan memaklumkan kemajuan siasatan secara berkala bagi mengelakkan sebarang spekulasi yang boleh mencetuskan kekeliruan awam.

"Kejadian itu membuktikan wujud kelemahan serius dalam kawal selia integriti di PMO, dan menyarankan pelaksanaan segera Pelan Reformasi Integriti Pejabat Perdana Menteri yang merangkumi kewajipan perisytiharan aset tahunan, larangan menerima sumbangan atau tajaan serta mewajibkan semua pertemuan melibatkan usahawan direkodkan secara rasmi.


"MCW turut mengesyorkan rangka kerja pemantauan ketat terhadap lantikan politik termasuk audit bebas, semakan latar belakang sebelum pelantikan dan pelaporan dalaman yang dilindungi agar PMO kekal sebagai zon integriti tertinggi negara," katanya.

Menurutnya, pihaknya tidak memihak kepada mana-mana parti politik, sebaliknya menuntut setiap dakwaan melibatkan pegawai politik kanan disiasat dengan penuh ketelusan, adil dan bebas daripada sebarang pengaruh luar.

Katanya, kredibiliti kerajaan hanya dapat dipulihkan melalui tindakan tegas, bukannya sekadar kenyataan.

Badan itu juga menyeru Perdana Menteri menunjukkan kepimpinan berasaskan integriti dengan memastikan tiada kompromi dalam soal rasuah, tiada perlindungan kepada pegawai yang terpalit siasatan serta memastikan semua dakwaan ditangani secara profesional dan terbuka.

Tambahnya, inilah masa paling penting untuk kerajaan membuktikan Malaysia benar-benar serius dalam memerangi rasuah, tanpa mengira kedudukan, pangkat atau hubungan politik. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: 5 pemancing selamat selepas bot terbalik
Next: PM terima peletakan jawatan Setpol Kanan, SPRM bebas siasat

Related Stories

retort
  • NASIONAL

Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur

Solomon 25/08/2026 0
Jais sprm
  • POLITIK

SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA

Panya Isamael 24/08/2026 0
MHO
  • NASIONAL

MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi

Arisna Wiguna 24/08/2026 0

TERKINI

  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
  • 500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka
  • Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur
  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by