Skip to content
20/09/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

FAM kecam keras insiden ancaman terhadap wartawan

Panya Isamael 26/11/2025 (Last updated: 26/11/2025) 0 comments
01045c9a-e8d2-4170-970a-57e57cd0954c

KELANA JAYA – Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi mengecam sekeras-kerasnya insiden membabitkan tindakan tidak berperikemanusiaan terhadap wartawan sukan yang berlaku, semalam.

Menurut beliau, kejadian berkenaan bukan sahaja tidak boleh diterima, malah jelas bertentangan dengan semangat kesukanan serta nilai integriti yang diperjuangkan badan induk itu.

“FAM mengecam sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan, intimidasi atau ancaman terhadap mana-mana individu, termasuk para wartawan yang memainkan peranan penting dalam ekosistem sukan negara.

“Sebarang tindakan agresif atau cubaan menghalang tugas profesional wartawan adalah tidak boleh diterima sama sekali dan tidak mencerminkan semangat kesukanan serta nilai integriti yang diperjuangkan oleh badan induk ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yusoff turut berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti pihak bertanggungjawab dan memastikan keadilan ditegakkan.

Beliau menegaskan FAM akan terus bekerjasama rapat dengan pengamal media bagi mewujudkan suasana kerja yang selamat, profesional dan saling menghormati dalam kalangan pemegang taruh industri sukan negara.

Detik Malaysia semalama melaporkan Pengarang Urusan portal berita Twentytwo13, yang juga pengulas sukan terkenal tanah air, Haresh Deol mendakwa diserang dua individu tidak dikenali ketika berada di Bangsar, semalam, dalam satu insiden yang turut dirakam oleh salah seorang penyerang.

Haresh dalam kenyataan ringkas di media sosial, memaklumkan beliau telah membuat laporan polis berhubung serangan tersebut.

Serangan itu berlaku dipercayai selepas beliau lantang mengkritik beberapa isu dalam badan induk bola sepak negara, iaitu FAM. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: ACL2 : “Tiada kalah demi lencana Selangor”
Next: 5 pemancing selamat selepas bot terbalik

Related Stories

halim kader
  • SUKAN

Abdul Halim Kader mahu semua pegawai bersatu jayakan sepak takraw

Panya Isamael 19/09/2026 0
jais abdul karim
  • SUKAN

Integriti mesti bermula dengan kepimpinan

Panya Isamael 19/09/2026 0
kcfc
  • SUKAN

Kuching City tewas lewat di Phnom Penh

Solomon 18/09/2026 0

TERKINI

  • Enam hari hilang, keluarga cari Qaseh Atika
  • Jais bersedia pikul amanah di Nagoya
  • KTMB gantung tugas pekerja kontraktor terbabit insiden pergaduhan di Stesen Labu
  • Ular masuk bangunan Hive 9 Mranti Park
  • Tawaran kerja pengurus, lelaki rugi RM39,000
No comments to show.

ARKIB

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by