Skip to content
29/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Delegasi ASTAF tiba di Thailand, pengadil diperkuat mental, fizikal dan spiritual

Panya Isamael 07/12/2025 (Last updated: 07/12/2025) 0 comments
595214920_1376482924273661_2869326811820209613_n

NAKTON PATHOM - Delegasi awal Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) bagi acara sepaktakraw dan chinlone selamat tiba di sini hari ini sebagai persiapan awal menjelang Sukan SEA ke-33 Thailand 2025.

Rombongan tersebut diketuai oleh Technical Delegate (TD), Datuk Abdul Halim Kader bersama beberapa kepimpinan kanan ASTAF, manakala ketibaan rasmi kesemua pegawai pengadilan dan International Technical Officials (ITO) dijadualkan esok, 7 Disember.

Difahamkan, sebelum berlepas ke Thailand, semua pegawai teknikal telah menerima taklimat awal melibatkan protokol kerja, etika tugasan serta Prosedur Operasi Standard (SOP) pengadilan menerusi aplikasi WhatsApp komunikasi rasmi ASTAF.

Taklimat tersebut merangkumi garis panduan ‘do and don’t’ sepanjang bertugas, etika komunikasi dengan pemain dan pegawai pasukan, prosedur teknikal sebelum serta selepas perlawanan, selain penyelarasan standard pengadilan bagi memastikan setiap keputusan dibuat secara konsisten.

Abdul Halim berkata, tahap kesiapsiagaan mental dan fizikal dalam kalangan pengadil amat penting memandangkan tugasan pengadilan akan berlangsung secara intensif sehingga 20 Disember depan.

“Pengadil bukan sahaja perlu cekap dari sudut teknikal, malah mesti memiliki ketahanan fizikal dan kawalan emosi yang baik bagi memastikan setiap keputusan dibuat dengan tepat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan kepentingan persediaan spiritual sebagai elemen sokongan integriti pengadil sepanjang kejohanan, selain memastikan kemudahan ibadah disediakan di hotel penginapan rasmi dan venue pertandingan.

“Integriti datang daripada hati. Hati yang bersih akan melahirkan keputusan yang adil,” ujarnya.

ASTAF sebelum ini dilihat serius dalam memastikan tahap profesionalisme pengadilan berada pada tahap tertinggi bagi menjamin kelancaran saingan sepaktakraw dan chinlone di Sukan SEA 2025. - DETIK MALAYSIA

Dilaporkan oleh: ASTAF News Desk | SEA Games 2025 Thailand

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: ARRC 2025: Hafizh terpantas di P3 sesi latihan, Ryo di kedudukan Ke-10
Next: Liga Super: Selangor belasah Penang FC 5-1

Related Stories

CelcomDigi and ZK Racing
  • SUKAN

CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 

Panya Isamael 29/10/2026 0
zahid hamidi
  • SUKAN

Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid

Panya Isamael 28/10/2026 0
Xisco Muñoz
  • SUKAN

JDT ibarat mesin, Xisco puas hati

Panya Isamael 27/10/2026 0

TERKINI

  • CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 
  • Pilihan raya Israel belum tentu bawa perubahan kepada Palestin
  • Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting
  • Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid
  • Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by