Skip to content
27/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

CAS ‘selamatkan’ Harimau Malaya! 7 pemain dibenar beraksi

Panya Isamael 27/01/2026 (Last updated: 27/01/2026) 0 comments
619328614_1599951387744758_2451521315586993054_n

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) telah meluluskan permohonan Stay of Execution melibatkan tujuh pemain Harimau Malaya, sekali gus memberi kelegaan besar kepada bola sepak negara di peringkat kelab dan kebangsaan.

Menerusi kenyataan hari ini, FAM memaklumkan CAS membenarkan penangguhan sementara terhadap pelaksanaan hukuman yang sebelum ini dikenakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Tujuh pemain terbabit ialah Facundo Garcés, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, João Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Héctor Hevel.

Keputusan tersebut menyaksikan penggantungan selama 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak yang dikenakan FIFA digantung buat sementara waktu, sekali gus membolehkan kesemua pemain meneruskan karier profesional masing-masing.

Malah, mereka kini layak beraksi bersama kelab dan juga skuad kebangsaan Malaysia sementara menunggu keputusan muktamad rayuan di CAS.

Perkembangan itu hadir tepat pada masanya apabila khidmat ketujuh-tujuh pemain berkenaan dianggap penting dalam persiapan Harimau Malaya menghadapi kejohanan antarabangsa akan datang.

FAM menegaskan pihaknya akan terus memberi kerjasama penuh sepanjang proses perundangan berlangsung dan komited memastikan kepentingan bola sepak Malaysia terus terpelihara sehingga keputusan akhir diumumkan. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit- FAM

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: MCW alu-alukan amanat PM perkasa peranan Audit Negara
Next: Kedah FA calar ego Harimau Selatan

Related Stories

Hakim Danish
  • SUKAN

Hakim Danish Yakin Cipta Kebangkitan di Aragon

Arisna Wiguna 27/08/2026 0
Kuching City
  • SUKAN

Kuching City cakar KL City 6-0, Etame Ledak Empat Gol

Solomon 27/08/2026 0
shahab zahedi
  • SUKAN

Zahedi Ledak Empat Gol, JDT Bantai Kelantan RW 9-0

Solomon 27/08/2026 0

TERKINI

  • Nafsu menjatuhkan lawan suburkan budaya fitnah politik – MAPIM
  • 15 petugas MSF maut di Gaza, MAPIM tuntut akauntabiliti
  • 30 pasukan UPSI bawa amanah ke SUKIPT 2026
  • Hakim Danish Yakin Cipta Kebangkitan di Aragon
  • Vietnam Pertahan Mahkota Hyundai Cup, Tewaskan Thailand Agregat 4-2
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by