PELABUHAN KLANG - Seorang lelaki tersepit di bahagian pemandu selepas bas pekerja kilang yang dipandunya melanggar belakang sebuah lori treler di Pasar Malam Kota Pendamar, di sini malam tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.54 malam.
“Bas pekerja kilang dipercayai melanggar belakang lori treler, menyebabkan mangsa tersepit di ruang pemandu,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, sepasukan anggota dari BBP Pelabuhan Klang tiba di lokasi pada pukul 9.08 malam dan menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas.
Operasi diketuai PBK I William Mandap dengan kekuatan lapan anggota, melibatkan jentera FRT-1 dan EMRS-1. - DETIK MALAYSIA
