Skip to content
29/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Lima individu direman bantu siasatan rasuah rangkaian pusat urut

Panya Isamael 29/01/2026 (Last updated: 29/01/2026) 0 comments
IMG-20260128-WA0041

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman lima individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan penguat kuasa dan sebuah rangkaian pusat urut terkemuka yang beroperasi di seluruh negara.

Perintah reman terhadap kesemua suspek dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas permohonan dibuat SPRM pagi semalam.

Mahkamah membenarkan empat suspek direman selama empat hari sehingga 31 Januari 2026, manakala seorang lagi direman selama tiga hari sehingga 30 Januari 2026 bagi membantu siasatan lanjut.

Kesemua suspek yang terdiri daripada pengarah syarikat serta pengurusan kanan beberapa entiti perniagaan berusia lingkungan 30 hingga 50-an ditahan pada 27 Januari lalu di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya.

Semalam, Bahagian Operasi Khas SPRM melaksanakan siasatan menerusi operasi bersepadu bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap rangkaian pusat urut terbabit yang memiliki 32 cawangan di seluruh negara dan dipercayai beroperasi sejak tahun 2023.

Siasatan awal mendapati syarikat berkenaan disyaki mengamalkan sistem perakaunan dua lapis apabila sebahagian besar jualan tunai tidak dilaporkan, sekali gus menyebabkan anggaran kebocoran cukai mencecah RM7.56 juta setahun.

Selain itu, siasatan turut mendapati wujud pembayaran rasuah kepada pegawai penguat kuasa dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi melancarkan operasi perniagaan serta sebagai wang perlindungan. Beberapa individu telah dikenal pasti dan tindakan susulan sedang diambil.

Sebagai sebahagian daripada tindakan siasatan, SPRM membekukan sebanyak 121 akaun bank melibatkan akaun persendirian dan syarikat berkaitan dengan jumlah keseluruhan dianggarkan bernilai RM11.5 juta.

Setakat ini, sebanyak 12 rakaman percakapan saksi telah dirakam bagi membantu siasatan lanjut.

Siasatan turut melibatkan pembekuan aset di sekitar Lembah Klang dan Johor yang disyaki diperoleh hasil aktiviti pengubahan wang haram, termasuk lima buah kenderaan mewah bernilai kira-kira RM1.5 juta, lima unit premis komersial dianggarkan RM7.3 juta, dua unit hartanah perindustrian bernilai lebih kurang RM2.3 juta serta tujuh unit kediaman dengan nilai keseluruhan sekitar RM7.7 juta.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin mengesahkan operasi berkenaan sedang dijalankan dan memaklumkan siasatan memberi fokus kepada kesalahan di bawah Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (ASPRM 2009).

Beliau berkata, pihaknya turut meneliti elemen kesalahan jenayah lain termasuk pengubahan wang haram. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Kondo RM6,000 sebulan jadi makmal dadah sindiket warga China
Next: Bas pekerja rempuh treler, pemandu tersepit

Related Stories

Koperasi HTK
  • NASIONAL

32 delegasi Teluk Ketapang sertai Sidang Kemuncak Pendidikan, Budaya di Makasar

Panya Isamael 28/07/2026 0
nelayan bot fiber
  • NASIONAL

Tekong warga asing diberkas di perairan Kapar

Panya Isamael 27/07/2026 0
wartawan mcw
  • NASIONAL

Enam wartawan diiktiraf Tokoh Wartawan Antirasuah MCW

Panya Isamael 25/07/2026 0

TERKINI

  • PolyCCSkills 2026 perkasa bakat TVET dalam bidang High Rope
  • PABM bangga capai sasaran tiga emas, gesa ISN perhalusi SOP sokongan atlet
  • 32 delegasi Teluk Ketapang sertai Sidang Kemuncak Pendidikan, Budaya di Makasar
  • John Stones pilih Inter, Liverpool dan Arsenal kempunan
  • Andi Farid terlepas aksi ARRC, alami beberapa keretakan tulang
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by