Skip to content
15/09/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Kondo RM6,000 sebulan jadi makmal dadah sindiket warga China

Panya Isamael 28/01/2026 (Last updated: 29/01/2026) 0 comments
IMG_20260128_101821

KUALA LUMPUR – Helah sindiket dadah menjadikan sebuah kondominium mewah sebagai makmal pemprosesan akhirnya terbongkar apabila polis menyerbu sebuah unit kediaman di Desa ParkCity, Kepong, dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM165,000, 22 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, serbuan dilakukan kira-kira pukul 9 malam hasil risikan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sentul.

Menurutnya, dalam operasi itu polis menahan pasangan suami isteri warga China masing-masing berusia 46 dan 39 tahun.

“Hasil pemeriksaan awal di ruang tamu menemui satu peket plastik lutsinar mengandungi dadah disyaki jenis ketamin seberat 34.90 gram di atas meja,” katanya pada sidang media di IPD Sentul, hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan sebuah makmal pemprosesan dadah lengkap dengan bahan kimia serta peralatan dipercayai digunakan untuk memproses, membungkus dan menyimpan dadah bagi tujuan pengedaran.

Antara dadah yang dirampas ialah ketamin seberat 1,878.90 gram bernilai RM95,000, methamphetamine seberat 380 gram bernilai RM12,500, kokain seberat 62 gram bernilai RM12,400 serta serbuk Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 7,151 gram dengan nilai dianggarkan RM7,151.

“Dadah itu ditemui disimpan di dalam almari pakaian di bilik yang sama,” katanya.

Selain itu, polis turut merampas 10 botol plastik mengandungi cecair disyaki MDMA, lima botol plastik bertulisan Sodium Chloride, lima botol plastik bersaiz besar, empat botol plastik bertulisan Bendosen, tiga tong plastik, dua botol kaca coklat, satu botol kaca lutsinar, satu botol plastik bertulisan air suling serta satu tong plastik besar.

Ahmad Sukarno berkata, anggaran berat keseluruhan cecair disyaki MDMA ialah 37,445 gram dengan nilai kira-kira RM37,445.

“Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM164,496,” katanya.

Menurutnya, ujian saringan air kencing mendapati suspek lelaki negatif dadah manakala suspek wanita positif amphetamine, ketamine dan methamphetamine.

“Hasil semakan juga mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya.

Beliau berkata, pasangan terbabit yang tidak mempunyai pekerjaan direman selama tujuh hari bermula 23 hingga 29 Januari 2026 bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati sindiket ini aktif sejak tiga bulan lalu dan dipercayai menyewa unit kondominium berkenaan pada kadar antara RM4,000 hingga RM6,000 sebulan bagi dijadikan pusat pemprosesan dadah,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Pelajar tahfiz lebam, bengkak di tangan dakwa dipukul tiga rakan
Next: Lima individu direman bantu siasatan rasuah rangkaian pusat urut

Related Stories

dr kamari
  • NASIONAL

Empat taman, satu muafakat semarak Jelajah Merdeka Perpaduan KRT

Panya Isamael 14/09/2026 0
kemalangan bomba
  • NASIONAL

Tiga maut, dua cedera kemalangan dua kenderaan

Arisna Wiguna 14/09/2026 0
6d2d7a2b-cb50-40be-9bec-6d2d733bb004
  • NASIONAL

Indonesia ungguli SEAOCSTW 2026

Solomon 14/09/2026 0

TERKINI

  • Empat taman, satu muafakat semarak Jelajah Merdeka Perpaduan KRT
  • Buriram perlu tahap tertinggi untuk tewaskan JDT
  • Tiada alasan, Xisco mahu JDT tamatkan badi Buriram
  • Lelaki maut tersepit bawah jentolak
  • Tiga maut, dua cedera kemalangan dua kenderaan
No comments to show.

ARKIB

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by